Saturday, 20 October 2012

Novel Cinta Suci Zahrana


buku ini saya beli dua hari lepas di Harris Bookstor 1Borneo... setiap kali saya menghampiri rak buku yang berlabel NOVEL ISLAMIK pasti saya akan melihat-lihat novel terbaru di rak tersebut... kebetulan buku ini salah satu yang berada di situ... saya ambil dan membaca sinopsis di belakang buku ini... cerita yang bagi saya sangat bagus bukan kerana ianya mengenai cinta tetapi sebuah novel pembangunan jiwa setiap si pembaca... 

ketika membaca novel ini saya seakan-akan berada di dalam novel ini dan memandang apa yang diceritakan dalam novel ini.... kesabaran dan ketabahan seorang gadis remaja yang memperjuangkan impiannya untuk mencapai cita-cita melangkah ke peringkat yang lebih tinggi dengan mengumpul sebanyak mana ilmu di dunia. dalam mencapai impian Zahrana terlupa untuk memikirkan tentang dirinya sendiri dan keinginan kedua orang tuanya. pelbagai dugaan yang dihadapi dalam mencari cinta suci Zahrana.

saya juga turut sakit hati dan geram dengan seorang lelaki tua yang ingin menjadikan Zahrana sebagai isteri sedangkan dia merupakan lelaki yang suka berfoya-foya dan menjadikan Zahrana sebagai mangsanya. disebabkan lamaran Dekan itu tidak diterima dia berdendam dan memusnahkan kebahagiaan Zahrana yang baru bermula. Bukan setakat itu ujian Zahrana terima.... ditimpa pula dengan perkhabaran ayahnya meninggaldunia.... semuanya menjadi hampa dan kecewa.... walaubagaimana pun, Zahrana tetap sabar dan tabah menempuhi segalanya....

segala yang berlaku dalam hidupnya.... ada hikmah disebaliknya.... 

KESENANGAN YANG DATANG TIDAK AKAN SELAMANYA
BEGITULAH SELEPAS SUSAH ADA KESENANGAN....

No comments:

Post a Comment

menulislah dengan ikhlas...