Thursday, 11 October 2012

Jika Kau Tiada - Episod 1


Setiap kali pulang ke kampung Ana pasti rimas dan gelisah dengan suasana kampung. Ana tidak suka dengan keadaan kampung yang baginya agak kolot dan tidak seronok. Ana sudah terbiasa dengan suasana Kota yang menyeronokkan. Walaupun bising dengan bunyi kenderaan dan orang ramai.

Ana  berasa jiwanya tetap tenteram. Kehidupannya  juga bebas dari pengawasan kedua ibubapanya. Ana sudah dididik dan didedahkan dengan suasana hiruk pikuk kota yang merupakan tempat mereka sekeluargan tinggal.Dia dan adiknya sudah lali dengan keadaan di kota yang penuh dengan kesibukan dan kebisingan. sementara itu ibubapa mereka jarang-jarang sekali memantau pergerakan mereka dik kerana sibuk dengan urusan masing-masing.

Ana Farhana merupakan anak kedua dari tiga adik beradik. Datuk Mohd Fazli seorang pengurus di sebuah Syarikat Mega Holding, Datin Fauziah pula hanya sebagai suri rumah dan menjaga segala keperluan di rumah. Ana mempunyai seorang adik lelaki iaitu Mohd Faiz dan seorang abang yang bernama Mohd Farid.

Walaubagaimanapun, abangnya tidak tinggal bersama mereka di Kuala Lumpur. Abangnya tinggal bersama dengan nenek mereka di Kampung memandangkan nenek mereka tinggal seorang. Abangnya telah diasuh oleh nenek mereka sejak dari kecil. Farid seorang cucu yang baik dan selalu membantu neneknya bekerja di kebun.

Selepas tamat waktu sekolah Farid akan membantu neneknya di kebun. Bekerja dengan kerja-kerja kampung Farid sudah pandai dan tidak perlu disuruh-suruh. Dia sendiri tahu untuk melakukannya. Sikap Farid sangat dikagumi oleh Hajah Fatimah. 

untuk mengetahui cerita selanjutnya... ikuti episod akan datang...

*diwaktu petang yang damai*04.44pm*11/10/12*

No comments:

Post a Comment

menulislah dengan ikhlas...