Malam itu juga, Datuk Fazli meminta
izin untuk menziarahi Abang iparnya itu. Pada mulanya, Hajah Fatimah tidak
mengizinkan oleh kerana hari sudah lewat malam. Tetapi, Datuk Fazli memujuk
untuk pergi menziarahi juga, mereka takut tidak dapat menunaikan hajat abang
iparnya yang ingin berjumpa dengan adik beradiknya.
Hajah Fatimah mengizinkan juga
permintaan anaknya itu. Anaknya juga berjanji akan pulang setelah menziarahi.
Memandangkan Farhana dan Faiz sudah tidur sejak dari tadi. Mereka hanya pergi
berdua saja. Farid pula sangat berat untuk melepaskan papa dan mamanya pergi
kerana mereka baru saja bertemu. Walau apapun dia terpaksa juga.
Jarum jam semakin hampir pukul 2.00
pagi, Farid masih menanti papa dan mamanya pulang dari memziarahi Pak Ngah.
Nenek Fatimah menasihat agar dia tidak menunggu lagi mungkin papa dan mamanya
akan pulang esok kerana hari sudah semakin subuh. Farid mula mengalah untuk
menanti papa dan mama.
Bersambung...
hari ini pendek sikit... hehehe... nantikan episod akan datang, apa akan terjadi kepada Datuk Fazli dan Datin Fauziah... tunggu!!!
No comments:
Post a Comment
menulislah dengan ikhlas...