Wednesday, 31 October 2012

Mutiara Kata AL-QARNI

Mutiara 69

Bersama air mata pasti ada SENYUMAN
Bersama kesedihan ada KEGEMBIRAAN
Bersama cubaan ada ANUGERAH
Bersama musibah ada ANUGERAH
Semuanya telah merupakan ketentuan yang pasti dan
prinsip hidup yang digariskan ALLAH S.W.T

sumber : Koleksi Mutiara Al-Qarni - Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

Kecewa seketika...

Sebuah Kekecewaan yang terbit...



aq marah bila kau tipu aku... aq xmelenting bila kau berpaling tadah... aq xbenci kau bila kau layan orang lain blakang aq... aq biarkan kau buat apa yang kau suka... aq xakan pernah menghalang kau untuk memberi  kasih kau pada yang lain... kau buatlah apa yang kau suka dihati kau... aq biarkan kau bersebab... sebab aq PERCAYA kau... aq dah letih untuk mengharap yang lebih baik dari kau... aq dah tak kisah dengan apa yang mahu kau lakukan padaku... bukan aq xnak ambil kisah tentang kau tapi kau yang buat aq macm nie... bila aq baik dengan kau buat dibelakang aq senyap2.. kau tak serik dengan apa yang berlaku sebelum nie... kau tak pernah nak mengambil iktibar dengan apa yag berlaku... aq dah agak perkara macam nie akan berlaku suatu hari nanti... walaupun aq kata xade apa2... tapi kau mana tahu apa yang ada dalam hati aq... betapa aq luka dan bagai dihiris-hiris perasaan aq waktu kau khabarkan itu... aq tetap bersabar dan cepat-cepat beristifar agar aku tak melayan rasa amarahku ni... begitu aq gental dengan segala yang kau luahkan pada aq waktu itu... Terima Kasih kerna kau buat aq begini.... Terima Kasih...

Tuesday, 30 October 2012

Kata Al-Qarni



Jangan Sangka Bahawa Anda Akan Diberikan Anugerah Dalam Segala Hal,
Tetapi Yakinlah Bahawa Anda Akan Mendapat Banyak Kebaikan.

Sedangkan Jika Anda Berfikir Bahawa Anda Akan Mendapat Seluruh Anugerah Dan Pemberian, 
Maka Hal Itu Adalah Mustahil.

sumber : Mutiara 4 (Koleksi Mutiara Kata Al-Qarni)

Hatiku di KINABALU...

TINGGI-TINGGI GUNUNG KINABALU
TINGGI LAGI SAYANG SAMA KAMU


indahnya ciptaanNya... memang tak sia-sia apa yang telah diciptaanNya...
indah lgi bila lihat dan renung keindahan ini dari jarak dekat
ehmm... mcm nak bina rumah je dekat2 dengan GUnung KInabalu nie...
bangun pagi-pagi dah dapat lihat keindahan alam...
tubuh dibaluti kabus dan dihempas angin sejuk dari atas puncak...
wahh!! indah yerr.... ehmmmm...



kenangan di hari raya ke-2 tercatatnya satu kemanisan madu di daerah kundasang...
bersama rakan-rakan....
TQ untuk semua yang terlibat dalam trip kita ini...
walaupun banyak dugaan yang kita hadapi
tapi masih tetap dapat merakamkan kenangan yang indah ini
untuk kita semadikan dalam sejarah hidup kita semua...

paling best... ketika di DESA CATTLE FARM....
pemandangan memang sungguh indah mcam berada di NEW ZEALAND... hehehe
 best juga time dekat MEMORIAL PARK dan KINABALU PARK...
walaupun kita sewa ade masalah ckit... tapi...
Alhamdulillah.... semua OKEY...




harap dapat datang tempat ni lagi bersama kamu
sebelum kita habis SEM AKHIR nie...

SAYANG KAMU ...
Huda
Kak Yat
Kak Achik
Adah
Wani Ismail
Kak Ayu
Wani Wahab
Zie


***THE END***


Salam AidilAdha


Salam Perantauan dari kami Wani, K.Achik, K.Ayu, Zie, Adah, Wani Wahab, K.Yat, Dan Auni...
creadit to : Huda

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA...

walaupun berjauhan dari keluarga yang terCINTA... Tetapi kami masih lagi mempunyai saudara sesama islam yang ingin merasakan suasana hari raya adiladha di Bumi BORNEO Sabah...

pada malam raya kami bersama-sama memasak dan bergurau senda diiringi gema takbir di masjid UMS memeriahkan ruang kesedihan yang ada... sehingga pagi raya yang ceria dengan rakan taulan yang tidak pulang berhari raya di kampung menjadikan suasana raya yang sama  ketika berhari raya disamping keluarga... kenangan yang tidak dapat ku lupakan... bersalam sesama rakan-rakan, menjamu selera bersama-sama dengan hidangan yang tidak seberapa tapi menyelerakan... hasil tangan K.yat, K.achik, K.ayu dan saya sendri... sungguh manis kenangan saat ini...

Menu kami adalah.... nasi minyak, kari ayam, acar timun, nasi impit, serunding dan air teh... kunjungan dari rakan-rakan lain juga tidak putus-putus hingga ke petang... wah!!! dah macam hari raya betol pulak... tapi xpe... itulah yang kami inginkan... mengumpul sebanyak mana kenangan manis di Bumi BORNEO...

semoga saat yang kita lalui ini akan menjadi kenangan terindah buat kita SAHABAT....


Wednesday, 24 October 2012

Malam Tiada Bintang

kalau berkawan tu biarlah dengan seikhlas hati kita...
seperti kita menerima pasangan hidup kita...
segalanya dipertemukan oleh ALLAH SWT...
dan yang di jadikan olehNya itu tidak akan sia-sia...
cuma kita saja yang mensia-siakan dan tidak bersyukur dengan apa yang diberi...

mmenerima sahabat walau apa pun yang dimilikinya
baik atau buruk yang sahabat miliki...
bukan mencari salah dia dan mencari permusuhan dengan sahabat itu...
yang berlaku kadangkala memang sudah ditakdirkan olehNya

tapi kita sering cepat menghukum dan melabelkan dengan sesuatu yang positif
kenapa tidak mahu tanya... sebab malu salah apa yang dianggap bukan?
tidak salah untuk bertanya yang sebenarnya
mencari jawapan yang terbaik tanpa menjejaskan hubungan persahabatan itu sendiri...

mintalah maaf dengan seikhlas-ikhlasnya...
dan tidak mengungkit apa yang sudah lepas...

coret-coret



#$%#$%#$%#$%#$%#$%#$%#$%#$%#$%#$%

Biar Aku Hina Dimata MANUSIA
Jangan Aku Hina Dimata TUHANKU

#$%#$%#$%#$%#$%#$%#$%#$%#$%#$%#$%#

Tuesday, 23 October 2012

Temanku...

kenapa perlu mencurigakan teman yang rapat setiap masa... tidak kira teman itu buruk atau baik dari pandangan mata kita... tidak semestinya kita menghukum teman dengan sesuka hati kita... kita dan teman sama saja... bukan siapa-siapa di dunia ini... bukan para rupa, kelebihan dan kepandaian yang menjadi ukuran kepada sahabat untuk satu jalinan persahabatan... jangan menghukum sesuatu kerana ia bukan kerja manusia untuk menghukum... hanya DIA yang berhak menghukum hambanya... cerminlah diri sendiri sebelum mengeluarkan kata-kata yang membawa padah pada diri sendiri... kadangkala apa yang kita kata itu adalah cerminan dari diri sendiri...

bila teman tak tegur dikatakan dah sombong
bila teman menegur buat2 xtahu...

kenapa perlu cemburu dengan teman sendiri
kenapa perlu bercakap-cakap belakang teman sendiri

selalu bicara tentang keburukan orang lain
tak selalu bicara tentang keburukan diri sendiri

manusia mahu di puji
manusia xmahu di keji

Yang Maha Esa itu tahu apa yang ada di dalam hati teman dan hati kita juga...
tak perlu kita menghukum teman dengan apa yang kita belum pasti
tidak cukup dengan hanya melihat dengan mata kasar pada batin sahaja...
tentu saja pada zahirnya  itu tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi...
biarkan Yang Maha Esa menetukan baik buruknya...
manusia adalah yang lemah tiada daya....

Kematian




kematian itu adalah sesuatu yang PASTI... dan
kehidupan itu adalah sesuatu yang MESTI...


sejauh manapun kita berlari
mati itu tetap dekat pada diri kita
bagaimanapun kita menghalang fikiran dari mengingati mati
ia tetap akan muncul pada bila2 masa...
berfikirlah tentang mati agar kita lebih dekat dengan Yang Maha Esa
selalulah muhasabah diri dengan dosa2 yang kita telah kita lakukan tanpa kita sedar
mudah-mudahan kita sentiasa dalam keadaan yang bertasbih kepadaNya

dariNya kita datang dan dariNya juga kita kembali...
semua yang diciptakanNya tidak sia-sia...

Saturday, 20 October 2012

Novel Cinta Suci Zahrana


buku ini saya beli dua hari lepas di Harris Bookstor 1Borneo... setiap kali saya menghampiri rak buku yang berlabel NOVEL ISLAMIK pasti saya akan melihat-lihat novel terbaru di rak tersebut... kebetulan buku ini salah satu yang berada di situ... saya ambil dan membaca sinopsis di belakang buku ini... cerita yang bagi saya sangat bagus bukan kerana ianya mengenai cinta tetapi sebuah novel pembangunan jiwa setiap si pembaca... 

ketika membaca novel ini saya seakan-akan berada di dalam novel ini dan memandang apa yang diceritakan dalam novel ini.... kesabaran dan ketabahan seorang gadis remaja yang memperjuangkan impiannya untuk mencapai cita-cita melangkah ke peringkat yang lebih tinggi dengan mengumpul sebanyak mana ilmu di dunia. dalam mencapai impian Zahrana terlupa untuk memikirkan tentang dirinya sendiri dan keinginan kedua orang tuanya. pelbagai dugaan yang dihadapi dalam mencari cinta suci Zahrana.

saya juga turut sakit hati dan geram dengan seorang lelaki tua yang ingin menjadikan Zahrana sebagai isteri sedangkan dia merupakan lelaki yang suka berfoya-foya dan menjadikan Zahrana sebagai mangsanya. disebabkan lamaran Dekan itu tidak diterima dia berdendam dan memusnahkan kebahagiaan Zahrana yang baru bermula. Bukan setakat itu ujian Zahrana terima.... ditimpa pula dengan perkhabaran ayahnya meninggaldunia.... semuanya menjadi hampa dan kecewa.... walaubagaimana pun, Zahrana tetap sabar dan tabah menempuhi segalanya....

segala yang berlaku dalam hidupnya.... ada hikmah disebaliknya.... 

KESENANGAN YANG DATANG TIDAK AKAN SELAMANYA
BEGITULAH SELEPAS SUSAH ADA KESENANGAN....

Jika Kau Tiada - Episod Akhir


Pada keesokan harinya, pagi yang hening, dua buah van jenazah perlahan-lahan memasuki perkarangan rumah Hajah Fatimah. Faiz yang sedang bermain-main di depan rumah memanggil nenak Fatimah. Farid turut bergegas ke luar rumah melihat apa yang terjadi. Kelihatan nenek Fatimah sedang menangis di tepi tingkap van jenazah.

Farid dan Farhana perpandangan dan menuju kearah van tersebut. Setelah apa yang diberitahu oleh pemandu van tersebut. Semangat Farid seakan direntap, dia terjatuh ke tanah. Farhana pula meraung memanggil papa dan mama, dia seakan tidak percaya apa yang sedang berlaku di depan matanya.

Nenek Fatimah berulang kali menenangkan Farhana. Faiz menangis tersedu-sedu dalam dakapan nenek Fatimah. Suasana rumah yang tadi ceria bertukar menjadi pilu dan sedih. Penduduk kampung yang melihat kejadian itu membantu mengangkat kedua jenazah naik ke rumah. Kedengaran surah yasin dibacakan, Farid masih tiada semangat. Baru saja dia mahu mengecapi kebahagian bersama kedua orang tuanya. Kebahagian yang datang hanya sekejap dan dia tidak puas lagi meluahkan rasa rindunya terhadap papa dan mama.

Selepas pengkebumian papa dan mama selesai, Farid duduk termenung di tangga memandang halaman rumah yang sepi. Nenek Fatimah menyedari kesedihan Farid segera menghampirinya. Nenek Fatimah menasihati Farid supaya lebih tabah menghadapi semua ujian ini.
Farid mula menyedari kesilapan yang tidak sepututnya dia melawan segala qada’ dan qadar Allah SWT. Setiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptaNYa.

Sekarang, Farid menyedari bahawa dia merupakan ketua keluarga. Tanggungjawabnya menjaga adik-adik dan juga neneknya saat ini sangat penting. Dia harus bersemangat untuk meneruskan hidupnya dan menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Dia tidak seharusnya menunjukkan sikap lemah kepada adik-adiknya.
Farid nekad untuk membalas jasa papa dan mama dan menjaga adik-adik serta nenek yang telah banyak berkorban untuk dirinya.

TAMAT

Tuesday, 16 October 2012

Jika Kau Tiada - Episod 5


Malam itu juga, Datuk Fazli meminta izin untuk menziarahi Abang iparnya itu. Pada mulanya, Hajah Fatimah tidak mengizinkan oleh kerana hari sudah lewat malam. Tetapi, Datuk Fazli memujuk untuk pergi menziarahi juga, mereka takut tidak dapat menunaikan hajat abang iparnya yang ingin berjumpa dengan adik beradiknya.

Hajah Fatimah mengizinkan juga permintaan anaknya itu. Anaknya juga berjanji akan pulang setelah menziarahi. Memandangkan Farhana dan Faiz sudah tidur sejak dari tadi. Mereka hanya pergi berdua saja. Farid pula sangat berat untuk melepaskan papa dan mamanya pergi kerana mereka baru saja bertemu. Walau apapun dia terpaksa juga.

Jarum jam semakin hampir pukul 2.00 pagi, Farid masih menanti papa dan mamanya pulang dari memziarahi Pak Ngah. Nenek Fatimah menasihat agar dia tidak menunggu lagi mungkin papa dan mamanya akan pulang esok kerana hari sudah semakin subuh. Farid mula mengalah untuk menanti papa dan mama.


Bersambung...

hari ini pendek sikit... hehehe... nantikan episod akan datang, apa akan terjadi kepada Datuk Fazli dan Datin Fauziah... tunggu!!!

Sunday, 14 October 2012

Merinduikan Mu...

Saat aku tertawa di atas semua
saat aku  menangisi kesedihanku
aku ingin engkau selalu ada 
aku ingin engkau aku kenang


selama aku masih bernafas

masih sanggup berjalan
ku kan selalu memujamu
meski ku tak tahu lagi
engkau ada di mana

dengarkan aku ku merinduikanmu
saat aku mencoba merubah segalanya
saat aku meratapi kekalahanku

aku ingin engkau selalu ada
aku ingin engkau aku kenang

::kumerinduikanmu::



Cinta ini Membunuhku....

kau membuat ku berantakan
kau membuat ku tak keruan
kau membuat ku tak berdaya
kau menolak ku acuhkan diriku

bagaimana caranya untuk 
meruntuhkan kerasnya hatimu
ku sadari ku tak sempurna
ku tak seperti yang kau inginkan

kau hancurkan aku dengan sikapmu
tak sadarkah kau telah menyakitiku
lelah ahti ini meyakinkanmu
cinta ini membunuhku

bagaimana caranya untuk
meruntuhkan kerasnya hatimu
ku sadari kutak sempurna
ku tak seperti yang kau inginkan

Saturday, 13 October 2012

Jika Kau Tiada - Episod 4


Hari yang ditunggu telah tiba. Farid menunggu kepulangan papa, mama dan adiknya. Orang ramai sejak dari pagi lagi datang membantu memasak untuk kenduri kesyukuran pada malamnya. Bunyi riuh rendah di dapur memeriahka suasana hari itu. Hajah Fatimah turut berasa gembira. Tiada lagi sunyi sepi yang menghuni rumahnya. 

Perlahan-lahan sebuah kereta Toyota Vios warna hitam masuk ke perkarangan rumah Hajah Fatimah. Farid yang tadi menunggu di tangga dengan pantas bangun dan menuruni tangga papan menyambut kedatangan mereka. Mereka bersalaman dan beriringan melangkag masuk kedalam rumah.

Kerinduan Farid terlepas jua setelah melihat wajah-wajah orang yang sangat dirindui dan disayangi. Datuk Fazli dan Datin Fauziah juga sangat gembira dengan pertemuan itu. Cuma Faiz dan Farhana tidak seteruja mereka. Mereka berbual sambil membantu penduduk kampung yang sedang memasak dan menyediakan apa yang patut untuk majlis pada malamnya.

Selepas majlis kesyukuran di rumah Hajah Fatimah selesai. Orang-orang kampung sudah mula berkurangan pulang ke rumah masing-masing. Tinggal mereka sekeluarga sahaja yang masih mengemas pekakas yang digunakan tadi. Datin Fauziah memcuci pinggan mangkuk yang tinggak sedikit di dalam singki.

Setelah selesai mengemas, Farid,Datuk Fazli, Datin Fauziah dan Hajah Fatimah duduk di ruang tamu rumah sambil bersembang-sembang. Banyak cerita yang mereka bualkan dari satu topik ke satu topik.

Tiba-tiba telefon bimbit Datuk Fazli berdering. Datuk Fazli menyambut dan menekan punat hijau. Setelah mendengar suarasi pemanggil. Datuk Fazli bangun menuju ke jendela untuk mendengar percakapan si pemanggil. Mereka yang ada di ruang tamu hanya memandang dengan ekor mata.

Setelah berbualan Datuk Fazli di talian tamat. Dia kembali duduk di sisi Datin Fauziah. Datuk Fazli memeritahu kepada isterinya bahawa abang Ngah sedang sakit tenat dan ingin berjumpa dengan adik-adik yang lain. Datin Fauziah terperanjat dan mula rasa kesedihan.


BERSAMBUNG...




MAHU DILEPASKAN.... TERSEKSA....
JIKA AKHIRNYA TERLEPAS.... TERSEKSA JUA....



#BANYAKSANAGATNAKKENEFIKIR#

Friday, 12 October 2012

Jika Kau Tiada - Episod 3


Tetapi sejak berita gembira yang diterima oleh Datuk Fazli dan Datin Fauziah, mereka sangat suka dan dalam kesukaan mereka imbul rasa kesal dihati mereka terhadap anak lelakinya yang jarang sekali mengambil perhatian. Lain sekali dengan anak perempuannya yang semakin liar dan menimbulkan banyak masalah di sekolah.

Walaupun mereka berdua sering sibuk dengan urusan masing-masing, mereka masih mengingati anak dan ibu mereka di kampung cuma tidak ada kesempatan masa untuk menjenguk mereka di kampung. Jika berkesempatan pun mereka tidak lama berada di kampung dan akan pulang dalam satu atau dua hari saja.

Setelah beberapa tahun, Farid telah diterima masuk ke Universiti setelah dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM. Oleh itu, Hajah Fatimah ingin membuat kenduri  untuk cucunya yang telah berjaya mendapat tawaran masuk ke Universiti.

Berita gembira itu disampaikan kepada pada dan mama di KL. Mereka juga sangat bersyukur dan gembira dengan anak sulungnya itu. Mereka juga berjanji akan pulang ke kampung hujung minggu ini untuk sama-sama meraikan kejayaan Farid. Farid sangat teruja dan tidak sabar menunggu kepulangan papa, mama dan adik-adiknya hujung minggu ini.

kerinduan terhadap keluarganya semakin memuncak.Lagipun, mereka sudah lama tidak pulang ke kampung. Kesempatan inilah dapat berkumpul sekeluarga. Mereka sekeluarga jarang-jarang sekali berkumpul bersama, paling tidak pun semasa hari raya, hari raya haji atau ada kenduri tahlil arwah Haji Sulaiman.


BERSAMBUNG...

Thursday, 11 October 2012

Jika Kau Tiada - Episod 2


Sejak 5 tahun suaminya, Haji Sulaiman meninggal dunia , Farid lah yang menemani dan membantu beliau menguruskan kebun-kebun yang diusahakan oleh arwah suaminya sebelum ini. memandangkan beliau tidak mempunya anak yang ramai, hanya Datuk Fazli merupakan anaknya satu-satunya yang mereka ada.

 Hajah Fatimah sangat bersyukur dan sangat senang hati dengan kejayaan yang dimiliki oleh satu-satu anaknya itu. Oleh kerana anaknya mempunyai banyak kerja di Kuala Lumpur, beliau telah meminta untuk menjaga cucu sulungnya Farid untuk mengisi kesunyian di rumahnya. Sejak dari itulah Farid tinggal bersama neneknya sehingga dia meningkat dewasa.

Bagi Datuk Mohd Fazli pula kerja-kerja di pejabatnya sangat sibuk, banyak urusan yang perlu diuruskan dan dikendalikan untuk memajukan syarikatnya. Balik rumah lewat malam sudah menjadi kebiasaan baginya. Kadang-kadang waktu hujung minggu juga beliau mempunyai temu janji dengan rakan-rakan perniagaannya. Masa untuk bersama keluarga jarang sekali mereka bersama inikan pula untuk pulang ke kampung untuk melawat ibunya dan anaknya.

Datin Fauziah pula sibuk dengan persatuan yang disertai bersama isteri-isteri rakan perniagaan suaminya. Mereka berdua jarang sekali menjenguk anak mereka di kampung dan bertanya khabar melalui telefon saja.

Begitu juga yang terjadi dengan Ana Farhana dan Faiz, mereka menjadi anak yang bebas membuat apa saja. Segala kemewahan yang mereka berdua miliki menjadikan mereka anak yang tidak kisah ibubapa mereka ada di ruamah ataupun tidak  perkara tersebut telah menjadi kebiasaan bagi mereka. 

BERSAMBUNG......

ALAM INI


Alam ini adalah untuk kita mencari diri, merungkai segla isi khazanah yang tersimpan...
belajar mengenal dir dengan menghayati alam yang luas terbentang
mencari makna diri yang sebenar di muka bumi
supaya kita dapat menuju ke arah yang betul dan benar

Alam ini adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai dan tandingan
segala yang sudah tergambar pada ciptaan alam yang indah
semua yang diciptaan olehNya tiada yang sia-sia
yang mensia-siakan adalah manusia itu sendiri

Alam ini adalah tempat kita menghuni dan menyelami mencari diri
dan tempat kita menemui segala mukjizat kehidupan
menyeberang  alam untuk menikmati belantara
serta gunung dan lembah tapak hidup kita

Alam juga berada di ruang hadapan kenyataan dan khayal setiap manusia
sejuta rahsia tersimbunyi pada laut, gunung, langit, matahari dan bulan

ALAM SEBENARNYA TERBENTANG UNTUK KITA KUTIP 
SEGALA MAKNA YANG TERSINGKAP DI DALAMNYA 


Jika Kau Tiada - Episod 1


Setiap kali pulang ke kampung Ana pasti rimas dan gelisah dengan suasana kampung. Ana tidak suka dengan keadaan kampung yang baginya agak kolot dan tidak seronok. Ana sudah terbiasa dengan suasana Kota yang menyeronokkan. Walaupun bising dengan bunyi kenderaan dan orang ramai.

Ana  berasa jiwanya tetap tenteram. Kehidupannya  juga bebas dari pengawasan kedua ibubapanya. Ana sudah dididik dan didedahkan dengan suasana hiruk pikuk kota yang merupakan tempat mereka sekeluargan tinggal.Dia dan adiknya sudah lali dengan keadaan di kota yang penuh dengan kesibukan dan kebisingan. sementara itu ibubapa mereka jarang-jarang sekali memantau pergerakan mereka dik kerana sibuk dengan urusan masing-masing.

Ana Farhana merupakan anak kedua dari tiga adik beradik. Datuk Mohd Fazli seorang pengurus di sebuah Syarikat Mega Holding, Datin Fauziah pula hanya sebagai suri rumah dan menjaga segala keperluan di rumah. Ana mempunyai seorang adik lelaki iaitu Mohd Faiz dan seorang abang yang bernama Mohd Farid.

Walaubagaimanapun, abangnya tidak tinggal bersama mereka di Kuala Lumpur. Abangnya tinggal bersama dengan nenek mereka di Kampung memandangkan nenek mereka tinggal seorang. Abangnya telah diasuh oleh nenek mereka sejak dari kecil. Farid seorang cucu yang baik dan selalu membantu neneknya bekerja di kebun.

Selepas tamat waktu sekolah Farid akan membantu neneknya di kebun. Bekerja dengan kerja-kerja kampung Farid sudah pandai dan tidak perlu disuruh-suruh. Dia sendiri tahu untuk melakukannya. Sikap Farid sangat dikagumi oleh Hajah Fatimah. 

untuk mengetahui cerita selanjutnya... ikuti episod akan datang...

*diwaktu petang yang damai*04.44pm*11/10/12*