Pada keesokan harinya, pagi yang
hening, dua buah van jenazah perlahan-lahan memasuki perkarangan rumah Hajah
Fatimah. Faiz yang sedang bermain-main di depan rumah memanggil nenak Fatimah.
Farid turut bergegas ke luar rumah melihat apa yang terjadi. Kelihatan nenek
Fatimah sedang menangis di tepi tingkap van jenazah.
Farid dan Farhana perpandangan dan
menuju kearah van tersebut. Setelah apa yang diberitahu oleh pemandu van
tersebut. Semangat Farid seakan direntap, dia terjatuh ke tanah. Farhana pula
meraung memanggil papa dan mama, dia seakan tidak percaya apa yang sedang
berlaku di depan matanya.
Nenek Fatimah berulang kali menenangkan
Farhana. Faiz menangis tersedu-sedu dalam dakapan nenek Fatimah. Suasana rumah
yang tadi ceria bertukar menjadi pilu dan sedih. Penduduk kampung yang melihat
kejadian itu membantu mengangkat kedua jenazah naik ke rumah. Kedengaran surah
yasin dibacakan, Farid masih tiada semangat. Baru saja dia mahu mengecapi
kebahagian bersama kedua orang tuanya. Kebahagian yang datang hanya sekejap dan
dia tidak puas lagi meluahkan rasa rindunya terhadap papa dan mama.
Selepas pengkebumian papa dan mama selesai,
Farid duduk termenung di tangga memandang halaman rumah yang sepi. Nenek
Fatimah menyedari kesedihan Farid segera menghampirinya. Nenek Fatimah
menasihati Farid supaya lebih tabah menghadapi semua ujian ini.
Farid mula menyedari kesilapan yang
tidak sepututnya dia melawan segala qada’ dan qadar Allah SWT. Setiap yang
hidup pasti akan kembali kepada penciptaNYa.
Sekarang, Farid menyedari bahawa
dia merupakan ketua keluarga. Tanggungjawabnya menjaga adik-adik dan juga
neneknya saat ini sangat penting. Dia harus bersemangat untuk meneruskan
hidupnya dan menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Dia tidak seharusnya
menunjukkan sikap lemah kepada adik-adiknya.
Farid nekad untuk membalas jasa
papa dan mama dan menjaga adik-adik serta nenek yang telah banyak berkorban
untuk dirinya.
TAMAT
No comments:
Post a Comment
menulislah dengan ikhlas...