Tetapi sejak berita gembira yang
diterima oleh Datuk Fazli dan Datin Fauziah, mereka sangat suka dan dalam
kesukaan mereka imbul rasa kesal dihati mereka terhadap anak lelakinya yang
jarang sekali mengambil perhatian. Lain sekali dengan anak perempuannya yang
semakin liar dan menimbulkan banyak masalah di sekolah.
Walaupun mereka berdua sering sibuk
dengan urusan masing-masing, mereka masih mengingati anak dan ibu mereka di
kampung cuma tidak ada kesempatan masa untuk menjenguk mereka di kampung. Jika
berkesempatan pun mereka tidak lama berada di kampung dan akan pulang dalam
satu atau dua hari saja.
Setelah beberapa tahun, Farid telah
diterima masuk ke Universiti setelah dia berjaya mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan STPM. Oleh itu, Hajah Fatimah ingin membuat
kenduri untuk cucunya yang telah berjaya
mendapat tawaran masuk ke Universiti.
Berita gembira itu disampaikan
kepada pada dan mama di KL. Mereka juga sangat bersyukur dan gembira dengan
anak sulungnya itu. Mereka juga berjanji akan pulang ke kampung hujung minggu
ini untuk sama-sama meraikan kejayaan Farid. Farid sangat teruja dan tidak
sabar menunggu kepulangan papa, mama dan adik-adiknya hujung minggu ini.
kerinduan terhadap keluarganya semakin
memuncak.Lagipun, mereka sudah lama tidak pulang ke kampung. Kesempatan inilah
dapat berkumpul sekeluarga. Mereka sekeluarga jarang-jarang sekali berkumpul
bersama, paling tidak pun semasa hari raya, hari raya haji atau ada kenduri
tahlil arwah Haji Sulaiman.
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment
menulislah dengan ikhlas...