Tuesday, 11 June 2013

Minggu ke-19 LI

Asslamualaikum, selamat pagi semua

hari ini merupakan hari yang ke 3 aku tidak perapa sihat... setelah sekian lama bermadu kasih di RTM, akhirnya aku menerima virus demam yang tak la teruk sgt pun, biase jerr.. hehehe... tapi semalam serius memang rasa nak baring jerr.. rasa nak balik umah tido.. tapi aku kuatkan diri untuk teruskan kerja sehingga waktu tamat bekerja... time tu dengan diselimuti aircorn yang sgt sejuk macam dalam peti ais.. rasanya boleh beku staff2 dlm wisma tv nie... sendi2 pun mula sakit xtahu kenapa.. tangan, kaki, badan, pinggang mula berdenyut2, aku fikirkan ade sakit lain, tapi nak sedapkan hati... mungkin kerana kesejukan meresap sampai ketulang... xtahu la tuu... tapi memang semalam rasa xlarat sangat.. dengan kekuatan yang masih sedikit dapat juga meneruskan kerja2 yang banyak perlu disiapkan untuk siaran bulan ramadhan dan hari raya... oleh itu, disini yang aku ingin katakan adalah... sakit bagaimanapun kita jika kita melawan sakit itu dengan kesabaran dan ketabahan... insyallah... ALLAH SWT akan meringankan beban hambanya..

::THANKS YOU ALLAH SWT::

Sunday, 2 June 2013

Cermin Diri

selalunya kalau tengok orang lain mesti ada yang tak kena dengan mereka... padahal mereka dengan kita sama jer sebenarnya... kadang rasa cemburu, iri hati, sedih, benci dan banyak lagi sikap negetif yang selalu timbul pada diri terhadap orang lain.. tetapi itu sudah lumrah sifat setiap manusia... begitu juga dengan sifat yang positif tetapi lebih kepada diri yang tak pernah bersyukur pada diri sendiri.. makna yerr.. selalu sifat positif tu dituju pada diri sendiri... sebab nak bangga dengan apa yang kita ada... bangga tapi xpernah nak bersyukur... hakikatnya semuanya datang dari yang Maha Esa...

mana2 manusia pun sama jer.. nak kritik kepada orang lain tapi diri sendiri tak pernah nak pandang.. mcm diri bagus sangat...

Wednesday, 22 May 2013

Aku Mahu Kamu - Aleya Aneesa



Empat tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi merawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih mengharapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya, itu tetap meletakkan ke salahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yang tidak merintih setelah kehilangan satu-satunya permata hati?  Pemergian Faiq yang dijemput ILAHI benar-benar meragut kebahagiaan dia dan Ziyad.

Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendirian sehingga zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun hatinya berat, Qisya berkorban sekali lagi taykala dia sengaja meninggalkan bayi comel yang baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dengan Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu. 

Namun, ternya perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dengan rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.

Monday, 20 May 2013

Syukur Ape Yang Ade

bersyukur la dengan ape yang anda ade sekrang jangan nanti ditarik balik ape yang ade... baru time tu nak menyesal tak sudah... semua yang ade hanya sementara... bila-bila masa saja benda tu boleh hilang sekelip mata... jadi ape yang kita perolehi sekarang harus disyukuri dengan sepenuh hati dan seikhlasnya... jangan lepas dah bersyukur masih ada yang tak puas dihati... itu mananya tidak ikhlas...

macam yang saya cakap tadi... sentiasa ada rasa syukur... walaupun benda tu xberkenan dekat kita... orang dah bantu kita... janganlah mengkritik depan-depan orang yang membuatnya... hari tu cakap lain... bila dah ade kat depan mata cakap lain plak... nampak sangat la cerewet sangat... ape2 pun bersyukur sebab ade orang nak bantu dan buatkan... jangan pandai nk kritik je sepanjang masa... kita nie bukan sempurna sangat... tak semestinya ape yang kita buat di atas dunia nie dah sempurna...

sedangkan yang wajib pun belum tentunya sempurna inikan pula perkara-perkara lain... itulah... nak kritik kerja orang lain tapi diri sendiri belum tentu sempurna lagi... bersyukur la dengan ape yang Tuhan sudah berikan pada kita... hanya itu yang harus kita miliki sebab... Tuhan lebih tahu ape yang mampu kita pikul dan tanggung di dunia nie...

subhanallah... bnyak lagi yang kita perlu cerminkan diri kita selama hidup ini... moga kita tidak lena dalam perjalanan ini...

salam keheningan malam

Sunday, 19 May 2013

Perjalanan INI

awal pagi dah bertolak dari rumah ke jengka 18, singgah pula si sekolah adik bangsu, sebab dia nak ikut skali ke jengka 18, berlamaan kami dekat sekolah sebab adik aku dah belum dapatkan tanda tangan warden untuk keluar.. so terpaksa la tunggu la dalam setengah jam, sebab warden keluar pergi pasar lambak...

lepas dah dapat tanda tangan warden adik aku tu baru la kami bertolak ke jengka 18,  abah pulak suruh aku drive kereta, coz ,dia dah rasa ngantuk... so aq bawak sampai jengka 18... dalam perjalanan ke sana, ade plak sekumpulan lumba basikal... hal ini la yang membuatkan masa perjalanan terbuang coz kene drive slow sikit nak bagi laluan kepada pelumba basikal time tu...

dah sampai jengka 18, cari rumah yang adik aq sorang lagi tinggal, ingatkan nak melawat dye kt hostel,rupanya dye balik rumah kawan dye coz air xde kat hostel... lepas makan2 kt rumah kenalan tu baru bertolak nak balik KL... tapi adik aq nie plak nak g rumah jiran kami yang dulu sebab nak jmpe dengan adik erin yang kami selalu main2 dengan dye dari kecik...

alamatnya, memang petang betol2 la bru aq dapat balik.. tiket bas plak pukul 5.30 ptg... terpaksa aq tunggu 1jam kat stesen bas dengan kesorangan... hehehe...

dah samapi KL.. terpaksa balik sorang naik train.. bukan sorang la, ramai jgak yang ade... selalu ade orang yang baik hati nak tolong hantar... hehehe... mungkin hri ini tidak berjodoh agaknyer... lagi pun cuaca tak mengizinkan coz hujan... sungguh penat hari nie...

tapi xpe.. dapat berdikari sendir dan yang penting tak susahkan orang lain... like it!!...

Panjang perjalanan luas pandangan... hehehe... OKEY JUST FOR TODAY...

SMILE ALWAYS... :D


16 Mei 2013

Hari ini, walaupun hari guru dah lama berlalu... masih tak berkesempatan lagi untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru-guru yang pernah mengajar dan  mendidik tanpa pernah jemu...
terutama sekali buat guru-guru yang mengajar di ;-

1. Tadika Chini 1&4
2. Sekolah Rendah Kebangsaan Chini 1&4
3. Sekolah Rendah Kebangsaan Fajar Harapan
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Kencana
5. Sekolah Teknik Lahad Datu
6. Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Pusat 1

segala jasa dan pengorbanan cikgu2 semua hanya Tuhan saja dapat membalasnya... semoga sabar dan tabah menjalan tugas untuk mendidik anak-anak bangsa untuk kecemerlangan dunia dan akhirat.

Friday, 10 May 2013

Saat Kau Kata Cinta


Melihat gambar-gambar Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian mereka di paris membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia tiada kekuatan untuk menceritakan kepada Nuril hal yang sebenar. Bimbang Nuril akan mengambil tindakan di luar jangkaan. Lalu, 'direlakan' episod cinta anak-anak sekolah antara dia dengan Hijaz berakhir dengan kehancuran.

Takdir menemukan Darwina dengan Azril. Lelaki itulah sandarannya untuk membina bahagia. sedang hatinya diulit cinta dia bertemu dengan Syafi sewaktu kunjungannya ke United Kingdom. Pertemuan yang tidak meninggalkan tanda di dalam hati kerana di tanah air sudah ada yang merindu. Tanpa di duga. sekali lagi dia diuji. Bahagia yang diharap, derita yang tiba. Emosi Darwina menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa-rupanya berdusta dalam bercinta

Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau. lelaki itu tidak pernah jemu merayu jiwanya.
Benarkah hadirnya Syafi sebagai penyelamat rumah tangga Hijaz

Andai Kau Jodohku




Riana Syuhada Adam, gadis wartawan yang begitu komited dengan kerja dan tidak suka berbicara soal jodoh. hatinya sekeras kerikil hingga dia tidak mudah jatuh cinta. namun jauh di sudut hati, dia masih menyimpan janji setia dengan teman sepermainan sewaktu kecilnya, Minul. Kepada lelaki itu sahajalah disandarkan harapan untuk mengggapai behagia.

hidupnya yang tenang , tiba-tiba menjadi kacau bila menjadi mansa tipu muslihat dan kuaa mistik manusia bejat yang akhirnya menemukan dia dengan Danish Haiqal. Terlepas daripada saat getir dan selamat di sisi pemuda itu, mambuatkan hati Rania tidak keruan. Danish berjaya meruntun hatinya, Malah Danish turut menyimpan perasaan terhadapnya.

Pertalian antara Danish dan Syed Aminul membuatkan keaaan semakin kusut! Danish dan Syed Aminul sebenarnya sepupu! Malah, Rania sendiri mendapat tahu bahawa Syed Aminul suda pun berkawin

Riana kecewa. Lelaki yang diharapkan untuk menggapai kebahagiaan tidak mungkin menjadi miliknya. Haruskah dia mendambakan cintanya pula itu kepada Danish, sedagkan Danish sudah berjanji akan menyatukannya dengan Syed Aminul? Sayangnya... Riana tidak tega bermadu!!

#################################

pertama kali saya membaca sinopsis novel ini dalam fikiran saya adalah novel nie mesti best...
baca sinopsis pun dah tahu dan boleh membayangkan macam mana jalan cerita novel nie..
namun... betullah kata pepatah Kulit Buku Belum Tentu Baik Isinya. 
bukan saya hendak menyatakan novel ini tidak bagus.. tetapi..
kadang kala mebuat saya jadi bosan dengan jalan cerita yang dipersembahkan..
terlalu banyak konflik dalam novel ini dan membuatkan saya rasa bosan.
walaubagaimanapun... novel ini banyak isi-sis yang boleh kita dapat mengenai tentang ilmu
mistik dan bertapa besarnya hebatnya kekuasaan yang Maha Esa dari kuasa-kuasa yang lain.
sebagai pengajaran : sembahlah TUHAN yang SATU
dan TIDAK menyekutukan DIA

Sunday, 5 May 2013

Tragedi Cinta Taj Mahal



Natasha merupakan anak sulung Dr. Farid dan isterinya, Puan Hasmah. Dia mempunyai seorang adik kembar, Aleesha yang berusia 18 tahun. Mereka berdua melanjutkan pelajaran di Victoria University, Wellington, New Zealand. Di Wellington, Natasha bertemu seorang pemuda kulit putih yang berjaya mengambil hatinya, Jonathan. Jonathan juga sangat tertarik dengan Natasha, hingga membuatkan dia hendak mengenali Islam. Namun, hubungan antara benua dan antara agama ini tidak dapat diteruskan kerana Dr. Farid hendak Natasha dikahwinkan dengan anak kepada rakan karibnya, Bahar. Sebagai anak yang sangat taatkan orang tuanya, Natasha turutkan sahaja walaupun dia terpaksa mengorbankan perasaannya. Natasha sering mendapat igauan tentang kematian. Ternyata igauannya menjadi kenyataan. Dia memang hendak dibunuh dalam satu kes langgar lari di Wellington, lantas memaksanya untuk balik ke Malaysia. Di Malaysia, berkat taatkan orang tuanya, Natasha hidup bahagia di samping suaminya di rumah mereka yang diberi nama Mahligai Taj Mahal. Namun, kebahagiaan itu hanya sementara kerana Bahar mati secara tiba-tiba. Kematian Bahar adalah kematian kedua di mahligai itu. Benarkah dia dibunuh? Atau ia merupakan satu sumpah di mahligai itu? Mengapa Jonathan muncul selepas kematian Bahar dan dapatkah dia mengahwini Natasha?

Di Atas Sajadah Cinta


Novel yang banyak pengisian tentang cinta yang selayakNya
cerpen2 yang membangunkan jiwa yang membaca


Musafir Cinta



Untuk apa aki hidup?! Apa hanya untuk menjalani kesengsaraan ini? Aku mau bunuh diri saja supaya dapat segera bertemu dengan Tuhan dan melabrak-Nya atas segala ketidakadilan ini... !

Guagatab geram sahabat karibnya di malam itu, benar-benar mengguncang iman Iqbal.

"Tuhan tidak adil..." protesnya

Iqbal pun beraksi meninggal segala jenis ibadah yang istiqamah diamalkannya selama ini. Memcampakkan iman dan ruhani Islamnya. Rumah ibadah lainpun dikunjunginya. Tetapi , semakin berani ia melabrak agamanya, semakin giris jugalah kehampaan jiwa yang menderanya. Htinya kian gundah, hidupnya kian nestapa.

Benarkah Tuhan telah berlaku tidak adil pada hamba-Nya? Berhasilkah Iqbal meraih kembali kesehatian imamnya, kedamaian hatinya, melalui pemberontakan iman itu? bagaimana Tuhan dapat menjumpainya?


Pesta Buku Antarabangsa 2013 (PWTC)

Hah!! Berabi membeli buku dekat Pesta Buku Antarabangsa 2013
memeng berbaloi!!
walaupun ramai orang.. sambutannya tetap meriah...
sampai rambang mata nak pilih buku mana satu
akhir sekali dapat jugak beli buku

yang penting xpayah keluar duit, guna Baucer Buku laa...
terima kasih BB1M
terima kasih jugak KARANGKRAF


seronok membeli buku... sempat jugak 
menggamit kenangan di Pesta Buku nie...
harap2 tahun depan ade lagi...

Friday, 11 January 2013

Binatang-binatang yang disebut dalam al-Quran

1. Semut
(Maralah angkatan itu ) hingga apabila mereka sampai ke "Waasin-Naml", berkatalah seekor semut : "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari" (27:18)

2. Lebah 
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: " Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di banginan-bangunan yang didirikan oleh manusia. (16:68)

3. Lembu
Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)". (2:67)

4. Unta
"Dan serukanlah umatt manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menuggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk) yang jauh. (22:27)

5. Burung Gagak
Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat orang-orang (Yahudi). (Qabil) berkata :" Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal. (5:31)

6. Keldai
(sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruj sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. (62:5)

7. Gajah
Tidaklah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah) (105:1)

8.Lalat
Wahai umat manusia, inilah diberikan satu perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya). (22:27)

9. Monyet
Maka stelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, kami katakan kepada mereka : "Jadilah kamu kera yang hina" (7:166)

10. Nyamuk
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamu hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmahnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: " Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya) : Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan perbandingan itu melainkan orang orang yang fasik. (2:26)

11. Labah-labah
Misal bandingan orang-orang yang mejadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapakan pertolongan) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadikan tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang orang yang berpengetahuan. (29:41)

12. Burung
Ptutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung- burung itu mengembang dan menutupkan sayanya ? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah.Sesungguhnya Ia Maha Melihat Serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (67:19)

13 Kuda
Dan desak serta pujuklah sesiapa yang dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut- sampurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan nak-anak (mereka) ; dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)". Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata (17:64)

14. Ikan
Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat dua laut itu, lipalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu mengelunsur merempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah. (18:61)




Wednesday, 2 January 2013