Sejak 5 tahun suaminya, Haji
Sulaiman meninggal dunia , Farid lah yang menemani dan membantu beliau
menguruskan kebun-kebun yang diusahakan oleh arwah suaminya sebelum ini.
memandangkan beliau tidak mempunya anak yang ramai, hanya Datuk Fazli merupakan
anaknya satu-satunya yang mereka ada.
Hajah Fatimah sangat bersyukur dan sangat
senang hati dengan kejayaan yang dimiliki oleh satu-satu anaknya itu. Oleh
kerana anaknya mempunyai banyak kerja di Kuala Lumpur, beliau telah meminta
untuk menjaga cucu sulungnya Farid untuk mengisi kesunyian di rumahnya. Sejak
dari itulah Farid tinggal bersama neneknya sehingga dia meningkat dewasa.
Bagi Datuk Mohd Fazli pula
kerja-kerja di pejabatnya sangat sibuk, banyak urusan yang perlu diuruskan dan
dikendalikan untuk memajukan syarikatnya. Balik rumah lewat malam sudah menjadi
kebiasaan baginya. Kadang-kadang waktu hujung minggu juga beliau mempunyai temu
janji dengan rakan-rakan perniagaannya. Masa untuk bersama keluarga jarang
sekali mereka bersama inikan pula untuk pulang ke kampung untuk melawat ibunya
dan anaknya.
Datin Fauziah pula sibuk dengan
persatuan yang disertai bersama isteri-isteri rakan perniagaan suaminya. Mereka
berdua jarang sekali menjenguk anak mereka di kampung dan bertanya khabar
melalui telefon saja.
Begitu juga yang terjadi dengan Ana
Farhana dan Faiz, mereka menjadi anak yang bebas membuat apa saja. Segala
kemewahan yang mereka berdua miliki menjadikan mereka anak yang tidak kisah
ibubapa mereka ada di ruamah ataupun tidak
perkara tersebut telah menjadi kebiasaan bagi mereka.
BERSAMBUNG......
No comments:
Post a Comment
menulislah dengan ikhlas...