Sunday, 30 October 2011

KERANA SATU MAKANAN

sejak pertama kali kami bertemu, hati terus terpikat untuk bersua kembali. hari-hari yang terluang kami tetap mahu bertemu kerana rindu akan dirinya. hari berganti hari,kami agak sbuk dgn tugas msing2. temanku sudah sibuk2 untuk bertemu, rasa rindu terbit bertalu-tahu, hati2 kami kadang2 tergnggu apabila waktu bersamanya bertamu di dalam fikiran, terbayang2 saat2 kami bertemu bersulam rindu dan kasih. hanya mnyebut namamu saja kami sudah tidak than untuk bertmu. ttapi keadaan tidak mngizinkn kami. hanya sabar menanti waktu yang sesuai. pada hari jumaat yg brtarikh 28/10/2011, kami mengambil keputusan untuk menemuinya juga walaupun apa yang trjadi, dik krana trlalu rindu dgnnya... bila kami menceritakan kpd teman yang lain, dia berstuju untk mngikuti kami. kami membawa teman  juga untuk bertemu dengannya. kami sama2 menaiki bas pergi ke tmpt yang telah kami janjikan. setelah sampai, kami menunggu dgn penuh sabar, bgaimnkh rupanya telah sekian lma tidak bersua, adakah sprti prtma kali kami bertmu dgnnya atau sudah brubah wajah. ternyata dia dtg dengan wajahnya yg sprti biasa. yg lainnya hanya org2 y mnikmtinya... kami brtemu dgn plbgi rasa.. sgala suka dan duka brkongsi brsm di dlam brmcm rsa... tidak ada yg lain kmi lakukn hanya menikmati dia dgn rasa syukur dan trsenyum puas kerana dapt brtentang mata... sambil itu kmi bertanya pndgn kpd teman kami seorng nie... "lepas nie nk pergi lgi la kt cnie"... kami tdk brkata apa2 hanya mlebarkn senyuman...:)

siapakah dia?
kenapa kami rindu akan dia?
apa keistimwaan dia?

tentu anda semua mahu thu bukan... hehehe... kerana satu makanan.......
kami meredah segala yg trhalang di dpan kami.... bukan kerana tksub dgnnya tpi mmng tringin berjmpa dgn dia. dia bukan mkhluk y istimewa apa2 pun... cuma kelazatan dan rasanya bukan seperti y lain2... walaupun penat berjalan selepas brtemu...

kerana satu makan...jeng...jeng...jeng.... NASI AYAM PENYET!!!
penangan sambalnya masih tetap utuh sehingga ke ari ni....

tapi bila difikir2 blik ada hikmah disebalik kejadian ini... knapa kita tdk brsngguh2 sprti mn mhukn sesuatu yg kita lbih suka dripd makana itu sndiri... krana ia hanya brsifat smntra... apabila kita lapar kita mencrinya, apabila kenyang psti kita lpa pdnya... fikir2kan lah....

prkongsian brsama... zie25


kerana

Monday, 24 October 2011

Buatmu sahabatku


kaulah insan sejati
menerangi cahaya setia hatimu
sebagai rakan,kawan dan teman
menemani aku di kala…
aku duka dan lara

curahan budimu seikhlas hatimu
tanpa paksaan dan godaan dari sesiapa
kau beri kegembiraan tiada batasan
keikhlasanmu tiada aku sangsi
kejujuranmu tiada aku ragu
bersama ku kau kongsi

jalan seiringan menuju satu matlamat
mencari ilham mendaki puncak jaya
menempuhi cabaran yang datang bersama
supaya cita-cita terus terbina megah
mewarnai masa depan kita

kaulah kawan kaulah teman
kau muncul di saat suka duka
memberi kedamaian jiwa ku
mengubat rinduku buat ibu dan bapa
serta menceriakan hari-hari sedihku

namun, perkenalan kita terlalu singkat
jalinan yang baru terbina separuh jalan
memaksa aku berpisah denganmu
kerana takdir yang telah tertulis
kau dan aku harus hadapi perpisahan..

walaupun hubungan ini tidak lama
kau amat bermakna bagi diriku
segala kita lalui bersama ku hargai
walaupun pahit untuk ku terima
ku relakan hatiku untuk persahabatan kita

kenangan bersamamu…
memberi seribu kemanisan buatku
kudoakan kau bahagia
menghadapi hidup penuh liku
dengan tabah dan sabar

hanya satu pinta ku
walaupun kita berjauhan
persahabatan yang baru bermula
akan terus kekal dan terjalin selamanya…

terima kasih wahai sahabat
persinggahan mu
melestarikan persahabatan kita…
Luka Dihati


Jika enkau merasa diseksa 

Jangan kau sebut namaku

Jangan kau ingat kenangan bersamaku

Jangan kau panggil diriku
Hanya akan membinasa dirimu



Jika engkau merasa disakiti

Jangan kau lihat bayanganku

Jangan kau kata tentang diriku

Jangan kau fikirkan senyumanku
Hanya akan melukakan hatimu



Kerana aku insan biasa

Yang punya hati dan perasaan

Untuk dikasihi dan disayangi

Pergilah jauh dariku
Agar kau lenyap dari hidupku


Saturday, 22 October 2011

Gurindam Cinta

cinta datang menyinggah mata
cinta memberi tidak pernah meminta


syair cinta bak ilusi hati
cinta dimata turun ke hati


cinta ibu sepanjang masa
tiada ternilai oleh permata


cinta ayah membawa teduh
menjadi laluan untuk menyuluh


cinta anak iringi doa
buat petunjuk di alam dunia



cinta kekaksih mengukir bahagia
bila percaya adanya cinta


lakaran kasih cinta seorang teman
merungkai duka damai dan aman


cinta harta musnah hidup segala
elok beringat diri selalu waspada


cinta dunia tidak semanis madu
merosak minda hilang arah tuju


gelora jiwa cinta bernafsu
jika tidak mengenali yang satu


jangan tergoda cinta yang buta
kata-kata manis penuh dusta


cinta yang palsu jangan diterima
kelak binasa membawa lara


adakala cinta kita dilukai
pasti ujian dari illahi


berilah cinta dengan sejujur
supaya langkahmu selalu mujur


andai bercinta seikhlas hati
cinta mesti mekar dihati


cinta adalah anugerah tuhan esa
harus syukur setenang cahaya


seharum kasih cinta yang suci
tiada dendam mahupun benci


kalimah jiwa cinta yang indah
berbunga kasih hilangnya gundah


wangian kasih cinta illahi
membuka jendela hati terus mencari

Wednesday, 12 October 2011

Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini, pastilah cinta akan menyatukan kita dalam kehidupan yang akan dating, dan atas nama cinta aku bersumpah hanya akan menyanjung cinta dan mencintaimu. Cinta adalah kesesuaian jiwa dan jika itu tak pernah ada, cinta tak akan pernah tercipta dalam hitungan tahun bahkan abad. terbalut dalam kerendahan hati walaupun harus bersembunyi dan bergerak dalam kegelapan aku takkan lari demi cinta. 

Renungan Bersama

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.