setelah menbaca sejarah tentang penyair sufi Mawlana Jalalud-Din Rumi... saya tertarik dengan kata beliau dalam syairnya... kata-kata yang membangkitkan semangat dan jiwa...
Wajah Kekasih
kerana cinta pahit menjadi manis
kerana cinta tembaga menjadi emas
kerana cinta tahi minyak serasa khamar
kerana cinta luka bagai penawar
kerana cinta duri bagaikan mawar mekar
kerana cinta cuka dirasa gula
kerana cinta bangsal kuda bagai istana
kerana cinta rugi bagaikan laba
kerana cinta penjara bertukar taman kencana
kerana cinta batu dan debu ibarat taman bintang seribu
kerana cinta api menjdi cahaya
kerana cinta jin ifrit bagai jelita
kerana cinta batu yang keras menjadi cair ibarat mentega
kerana cinta sebatang lilin menjadi pedang satria
kerana cinta kerana cintaduka nestapa menjadi riang ria
kerana cinta gergasi menjadi bidadari
kerana cinta sengatan menjadi madu asli
kerana cinta singa menjadi jinak
kerana cinta sakit menjadi sembuh
kerana cinta kemarahan menjadi kasih sayang
kerana cinta mati bagaikan hidup
kerana cinta raja menjadi hamba sahaya
Sumber dipetik dari :- Rangkaian SASTERA SUFI oleh Baharudin Ahmad