Saturday, 28 July 2012

bicara malam

bila kita dah mula bercerita dengan kawan pasal hal kehidupan, mesti kita kan bercerita juga tentang kehidupan masing-masing. lain orang lain la cerita, bermacam jenis cerita kita dapat dengar dari mereka.
tapi yang pelik kita secara tidak sengaja akan cerita tentang hal yang tidak sepatutnya kita cerita kepada kwan-kawan kita. tetapi nak buat macam mana... kita sering lupa dan leka dengan batas-batas cerita yang tidak perlu diceritakan kepada mereka. contohnya, hal keluarga, peribadi dan peribadi hal orang lain. mungkin kita cerita untuk dijadikan teladan dan pengajaran kepada kawan-kawan... tapi sebenarnya tidak perlulah sampai cerita yang meleret-leret.
kadang-kadang semua kebaikan kita akan diceritakan kepada kawan-kawan. bukankah itu boleh dianggap sebagai riak?

Friday, 13 July 2012

Ulasan Lagu

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Hanya sampi satu jalan



"Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah-pecah umatku sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi dan Nesrani dalam ugama mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.

Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’

Sabda Rasulullah (s.a.w): 'Iaitu yang mngikut jalanku (yakni, sunnah beliau atau as-sunnag) dan jalan sahabat-sahabatku yang benar lagipun diberi petunujuk oleh Allah'

lagu : Tanya sama itu Hud-hud
Penyanyi : M.Nasir