- Dalam tubuh manusia, ada tiga ruang untuk tiga benda : Sepertiga untuk undara, sepertiga untuk air, dan sepertiga untuk makanan. Rasulullah SAW mengamalkan berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis untuk menyimbangkan kesihatan.
- Rasulullah SAW gemar berjalan kaki. Baginda berjalan kaki ke Masjid, pasar, medan jihad dan berkunjung ke rumah para sahabatnya. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, liang roma akan terbuka dan peredaran darah akan berjalan dengan lancar.
- Fizikal Rasulullah SAW adalah tegap, sederhana, kuat dan sihat. Baginda tidak gemuk, tidak buncit perutnya,dan raut wajahnya sangat bersih, cantik dan penuh bercahaya.
- Dari Aisyah r.a, katanya : Rasulullah SAW bersabda : "Sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu : menggunting misai, membiarkan janggut (tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi(membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak." Kata Mas'ab (salah seorang rawi hadis ini)" dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur.
- Rasulullah SAW sentiasa bersih dan rapi. Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi pada setiap hari khamis atau jumaat. "Mandi pada hari jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman." (Hadis Riwayat Muslim)
- Rasulullah SAW selalu bangun sebelum Subuh. Hikmahnya adalah mendapat pahala yang melimpah ruah, udara segar pada tubuh dingin yang ternyata dapat merawat penyakit tibi serta menguatkan akal fikiran.
- Jika mahu kekal cantik, Rasulullah SAW menganjurkan kepada semua umatnya agar tidak marah. Nasiahat Rasulullah agar 'jangan marah' diulang sehingga tiga kali. ini menunjukkan bahawa kesihatan dan kecantikan pada luaran, malah lebih kepada dalaman iaitu kebersihan jiwa. Tip untuk menahan marah : Ubah posisi ketika marah. Apabila berdiri, maka hendaklah kita duduk. Apabila duduk, maka hendaklah kita berbaring. Kemudian, bacalah ta'awwudz kerana marah itu adalah sikap daripada syaitan. Segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat untuk menghilangkan kegusaran dan mendapatkan ketenangan di hati.
- Jailah seorang yang pemaaf untuk kekal cantik. Sifat pemaaf dituntut untuk menenteramkan jiwa. Jika kita memaafkan, pasti badan kita akan sihat dan wajah anda akan memancarkan sinar yang bercahaya kerana hati kita bersih daripada dendam. "Tetapi barang siapa yang bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia" (Al-Quran 42:43)
Sumber : Majalah Dara.com (Januari)