Saturday, 13 October 2012

Jika Kau Tiada - Episod 4


Hari yang ditunggu telah tiba. Farid menunggu kepulangan papa, mama dan adiknya. Orang ramai sejak dari pagi lagi datang membantu memasak untuk kenduri kesyukuran pada malamnya. Bunyi riuh rendah di dapur memeriahka suasana hari itu. Hajah Fatimah turut berasa gembira. Tiada lagi sunyi sepi yang menghuni rumahnya. 

Perlahan-lahan sebuah kereta Toyota Vios warna hitam masuk ke perkarangan rumah Hajah Fatimah. Farid yang tadi menunggu di tangga dengan pantas bangun dan menuruni tangga papan menyambut kedatangan mereka. Mereka bersalaman dan beriringan melangkag masuk kedalam rumah.

Kerinduan Farid terlepas jua setelah melihat wajah-wajah orang yang sangat dirindui dan disayangi. Datuk Fazli dan Datin Fauziah juga sangat gembira dengan pertemuan itu. Cuma Faiz dan Farhana tidak seteruja mereka. Mereka berbual sambil membantu penduduk kampung yang sedang memasak dan menyediakan apa yang patut untuk majlis pada malamnya.

Selepas majlis kesyukuran di rumah Hajah Fatimah selesai. Orang-orang kampung sudah mula berkurangan pulang ke rumah masing-masing. Tinggal mereka sekeluarga sahaja yang masih mengemas pekakas yang digunakan tadi. Datin Fauziah memcuci pinggan mangkuk yang tinggak sedikit di dalam singki.

Setelah selesai mengemas, Farid,Datuk Fazli, Datin Fauziah dan Hajah Fatimah duduk di ruang tamu rumah sambil bersembang-sembang. Banyak cerita yang mereka bualkan dari satu topik ke satu topik.

Tiba-tiba telefon bimbit Datuk Fazli berdering. Datuk Fazli menyambut dan menekan punat hijau. Setelah mendengar suarasi pemanggil. Datuk Fazli bangun menuju ke jendela untuk mendengar percakapan si pemanggil. Mereka yang ada di ruang tamu hanya memandang dengan ekor mata.

Setelah berbualan Datuk Fazli di talian tamat. Dia kembali duduk di sisi Datin Fauziah. Datuk Fazli memeritahu kepada isterinya bahawa abang Ngah sedang sakit tenat dan ingin berjumpa dengan adik-adik yang lain. Datin Fauziah terperanjat dan mula rasa kesedihan.


BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment

menulislah dengan ikhlas...