Tuesday, 8 November 2011

MENCARI KEPASTIAN

Aku berlayar kesepian
mencari-cari sinar ceria
namun setiap kali langkah aku terhenti..
pasti jalan mati yang aku temui

langkah demi langkah
menjadikan aku semakin keliru
keliru dengan kehidupan 
keliru dengan matlamat
keliru dengan simpang jalan
dan segala yang aku harus pegang

kekeliruan  dan keserabutan
sering kali menghalang aku bebas
berfikir...
kesepitan aku di celah-celah hujah
menjadi aku buntu dan buntu
lalu aku hilang ditelan kebuntuan
yang terseksa tiada arah

masih terlihat-lihat awan hitam
tiada pandangan keterangan indah
buat aku buta... kerana...
hanya celaru dan keliru
mengejar aku tiada jemu

akhirnya...
suara hati mengatakan benar
benar dan sebenar-benarnya
tiada salah
tiada dusta
tiada bohong
tiada nestapa
semua betul, benar dan tepat...

tapi...
suara itu mencabar kekuatanku...
kerana...
ada suara-suara lain yang kedengaran
mengelirukan aku... dan jiwa aku sebagai hambaNya
ketabahan dan kesabaran...
sumber iman aku....


No comments:

Post a Comment

menulislah dengan ikhlas...