Thursday, 17 November 2011

biarpun sekejap tetapi bermakna




tanggal 13,14 dan 15... aku telah mngikuti program Anak Angkat dan Kajian Budaya di Kampung Jawa Kongsi 10 Tawau... banyak pengalaman yang aku telah dapat dalam program tersebut.

ada pahitnya dan ada manisnya.... semuanya ketentuan Tuhan.. kerna DIA yang menentukan, kita sebagai hambanya hanya mampu merancang...

tiga hari yang diberi tidak mencukupi untuk aku meluangkan masa bersama family angakat dengan lebih lama... tetapi dalam masa yang singgat itulah aku mamfaatkan bersama mereka... jarang sekali dapat pengalamn yang sebegitu... yelah di kampus hanya mana ada masa untuk melihat kehidupan diluar sana...
yang kebanyakannya lebih susah dari pelajar-pelajar yang berada di kampus... dengan menghadiri kuliah, perbincangan di liblary dan membuat tugasan yang diberi oleh pensyarah.

program-program sebeginilah dapat realise tension dan melupakan sekejap perkara-perkara yang berlaku di dalam kampus...

keluarga angkatku sebuah keluarga yang sederhana, walaupun keadaan rumah yang keuzuran tetapi ia tidak menggambarkan keadaan dan suasana di wajah penghuni rumah itu. kedua parentku kedua-duanya bekerja... semasa aku tinggal di sana... parentku masih bekerja walaupun aku ada di rumah. seorang ibu yang kuat dan tidak pernah melalaikan tanggungjawab untuk melaksanakan tugas di rumah dan ditempat kerja. sungguh aku terharu denga layanan yang diberikan sepanjang aku berada di sana.

aku memanggil ibuku sebagai "mamak" dan bapaku sebagai "bapak or pak". mungkin dengan pangilan sebegitu satu aliran kasih dan sayang terus laju melunsur ke dalam badan jadilah ia seperti sebuah ikatan yang sudah lama terjadi dan sebagaiman ibubapa kandung.

sungguh masih tersa sehingga ke hari ini.... kerinduan, kemesraan dan keramahan mereka tidak dapt dilupakan...seperti tidak mahu melepaskan mereka... layanan mereka sekeluarga tidak dapat aku lupakan...

pada hari perpisahan... kesediahan tidak dapat tertanggung lagi... sehingga butir-butir jernih di tepian kelopak mata akhirnya kalah untuk bertahan lalu jatuh kepipi berjurai-jurai.... di dalam pelukan ibu aku menangis semahunya bagaikan tidak mahu dilepaskan pergi... mereka juga begitu sehingga ada yang mencadangkan supaya menambah lagi 1 hari untuk bersama...

tetapi apa kan daya... pertemuan dan perpisahan adat kehidupan...

jalinan yang terbina dapat mengekalkan hubungan keluarga itu buat selama-lamanya....

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA.... SYUKUR ALHAMDULILLAH...

No comments:

Post a Comment

menulislah dengan ikhlas...