Tuesday, 1 November 2011

Bingkisan Rasa

sedang kutermenung dan memikirkan sesuatu sebelum diriku melelapkan mata... tercoretlah sebuah bingkisan luahan y tiada makna...




Malam merangkak… aku keseorangan di pembaringan, mata ,asih segar tanda-tanda tidak mahu dilelapkan, lantas aku mencapai labtopku untuk aku coretkan sesuatu yang sedang bermain di mindaku. Aku berfikir sendirian, dimanakah aku sebenarnya? Adakah aku berpijak di bumi yang nyata selama ini? sepanjang perjalanan hidup aku bagaikab sebuah mimpi yang berlalu begitu sahaja tiada yang menjadi manfaat pada diriku… segalanya aku rasa seperti hidup yang sia-sia. Tetapi aku tidak menyalahkan takdir… pasti segala yang aku tempuhi ini ada hikmahnya… itu yang sebenarnya yang diharapkan… kunci segala kunci dalam hidup aku adalah kesabaran dan ketabahan. Walaupun aku dipinggirkan oleh rakan seperjuaan aku redha dengan semua itu. Walaupun aku dikhianati orang ataupun sesiapa saja aku redha. Walaupun hati dan jiwa kadang terasa pedih dan sakit bagai dihiris-hiris aku masih berpegang pada prinsip utama aku adalah kesabaran dan ketabahan. Tidak perlu untuk memarahi orang lain sedangkan diriku sendiri belum ckup ilmunya. Hanya yang sepatutnya adlah berserah dgn Tuhan yang Maha Mengetahui segala yang ada dihati seorang wanita seperti aku. Kekadang aku tidak dpat menahan rasa kehinaan dan kesunyian diri apabila tidak dihiraukan dan dipinggirkan aku tetap sabar dan tabah. Aku membuat kesimpulan sendiri dan memujuk hatiku Allah sedang mngujiku… jika tak tertahan lagi aku melepaskan segala yang terbuku di dada dengan tangisan yang syahdu… maka lega rasa hati dengan cara aku sendiri… tidak perlu sesiapa yang menemani aku… cukuplah hanya ditemani Tuhan yang Esa untuk mendengar segala yang aku alami… dari situlah aku dpat menilai manusia yang benar-benar ikhlas. Tidak perlu berbangga diri dengan kepndaian dan kelebihan diri. Ia tdk kekal lama sbliknya akan hilang pada bila2 masa saja.

No comments:

Post a Comment

menulislah dengan ikhlas...