Saturday, 19 November 2011

Janganlah

Jangan suka menuduh jika tak mahu dituduh
sesuatu yang tak pasti boleh menjeratmu


Jangan suka membenci jika tak mahu dibenci
sesuatu yang iri hati pasti boleh menyakiti


Jangan suka menghina jika tak mahu dihina
sesuatu yang buruk pasti tak semua buruk


Jangan suka menyalahkan jika tak mahu disalahkan
sesuatu yang betul pasti ada kesilapannya


Jangan suka mengecewakan jika tak mahu dikecewa
sesuatu yang berlaku ada hikmahnya

No comments:

Post a Comment

menulislah dengan ikhlas...