Monday, 12 November 2012

LEGENDA NUNUK RAGANG

Sejarah lisan atau Cerita Legenda yang popular menunjukkan bahawa Kadazandusun berasal dari tempat ini "NUNUK RAGANG". Tempat ini terletak di sebuah kawasan di sekitar muara pertemuan dua batang sungai iaitu sungai Konibangan (dari arah kiri) dan Sungai Kawananan (dar arah kanan) yang telah bercantuman menjadi sungai yang lebih besar , yang dinamakan Sungai Liwogu ( dalam dan tenang). kerana diliputi dengan "lembaga hidup yang kelihatan kemerahan-merahan" masing-masing dengan telatah dan perangainya.

Di bawah pohon, di tebing sungai dan di atas sepanjang juntaian akar Nunuk - penuh dengan lembaga itu. pantulan warna ke "kemerahan" semakin menyerlah apabila cahaya matahari terpancar ke arah tubuh lembaga-lembaga itu. Oleh yang demikian, Nunuk itu kelihatan seolah-olah "merah" lalu ia dipanggil Nunuk Ragang. (aragang/Ragang (Bahasa Kadazandusun) = Merah.

Tanggapan bahawa Nunuk itu Merah atau Nunuk Ragang adalah adalah kiasan bagi menggambarkan betapa ramainya manusia (lembaga merah) yang bersenda ria di sekitar kawasan Nunuk ini. sebenarnya, manusia yang ramai dikiaskan sebagai "warna merah" apabila dilihat dari jarak jauh dan bukanlah pokok Nunuk itu yang berwarna merah.

Sejak itu, nama NUNUK RAGANG ini menjadi "identity" rakyat Sabah yang mempercayai bahawa "asal-usul" mereka adalah dari kawasan ini. tempat ini dikenali sebagai Pomogunan Nunuk Ragang, nama yang diambil bersempena dengan kewujudan pokok Nunuk yang pada suatu ketika dahulu "merah" satu perlembangan menunjukkan betapa ramai manusia di tempat ini.

Di kawasan muara percantuman dua batang sungai ini, terdapat sepohon Kayu Ara (Nunuk). Saiz pokok Nunuk itu sangat besar dan sebahagian daripada akar serta dahan-dahannya condong ke arah sungai Liwogu. Dahan-dahan dan akar terjuntai ke sungai, sangat sesuai sebagai tempat rekreasi seperti memanjat, bergayut, berteduh dan sebagainya.

Penduduk di sini sangat ramai, ketika cuaca balik dan cahaya matahari memancar di ufuk barat dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang, ketika itulah ramai penduduk (tidak kira tua, muda, gadis, pemuda dan anak-anak dsb...) turun bermandi-manda di sungai Liwogu, sementara yang lain memanjat, bergayutan seta ramai yang berjemur di tas dahan-dahan rendang Nunuk tersebut.

Suasana demikian berlaku hampir pada setiap hari dan masa yang hampir sama, kecuali cuaca tidak baik atau sungai Liwogun ini banjir. Maka apabila seseorang melihat pokok Nunuk dalam suasana seperti itu dari jarak jauh, sama ada dari puncak bukit mahupun dari sebarang sungai Liwogun, pemandangannya sangat menakjubkan. Pokok Nunuk kelihatan seolah-oleh "aragang"




No comments:

Post a Comment

menulislah dengan ikhlas...