Sunday, 25 November 2012

Kudat Lagi...

Lokasi : KG SUMANGKAP & SIMPANG MENGAYAU, KUDAT
Tarikh : 23 November 2012
Peserta : Kak Yat, Kak Achik, Kak Marian @ Maruni, Kak Ayu, Huda, Asidah, Masniah, Syafiqah dan Zie (Me).

tersebutlah kisah satu kumpulan menyelesaikan tugasan penuh suka dan duka... ^_^

Di waktu pagi yang damai hari jumaat penuh ketenangan... sekumpulan pelajar tahun akhir SEKOLAH PENGAJIAN SENI, UMS telah melaksanakan satu kajian untuk assagment kumpulan mereka... jeng..jeng..jeng... huhuhu... (suspen jerk..)

untuk menyelesaikan tugasan di hujung-hujung sem nie... dengan BERTEKAD CEMERLANG, kami satu kumpulan telah membuat kajian di Kudat... KUDAT!!! Kudat lagi!!!... hehehe... asyik2 pergi kudat... muke ktorang dah mcm orng Rungus dah... trutama sekali member Huda n Asidah... hahaha... :D

Dengan keazaman yang ada kami menuju ke destinasi kajian iaitu KAMPUNG SUMANGKAP tempat pembuatan GONG... sesuai dengan tugasan yang kami dapat iaitu Alat Muzik Gong dalam subjek Ensemble Etnik...

banyak ilmu yang kami dapat ketika berada di kampung nie... selalunya kita lihat gong yang sudah sedia ada yang terdapat dalam majlis2 perasmian dan pesta2 keramaian. Gong yang digunakan sebagai alat perasmian sesuatu majlis... dan  gong juga kita dapat lihat dalam persembahan gemelan, dikir barat dan tarian...

kita sering lihat Gong dan jarang sekali nak ambil peduli tentang cara pembuatan dan dari mana asal sebenar gong yang kita selalu lihat 2... so.. xkenal maka xcinta... hehehe...

Gong merupakan alat muzik yang sering didengari serta boleh didapati di seluruh Sabah. ia digunakan secara umumnya di kawasan-kawasan yang didiami oleh suku kaum kadazandusun, Rungus dan Murut. Gong diperbuat daripada Loyang atau gangsa. Ia mempunyai bulatan lebar yang tebal, dan gong tersebut dapat menghasilkan nada-nada muzik yang rendah mengikut saiz dan ketebalan gong tersebut. setiap gong mempunyai nama yang berasaskan bunyinya atau irama yang dimainkan. irama gong yang berbeza juga digunakan sebagai tanda simbolik, acara pesta seperti perkahwinan atau kematian. Nama-ama muzikal ini berubah-ubah mengikut jenis dialek dan kampung. Di Kampung Sumangkap, para pelawat dapat melihat kemahiran pembuat gong dalam pembuatan gong secara peringkat.

Rumah Ketua Kampung Sumangkap

Bengkel pembuatan Gong

Gong untuk cenderamta kenangan


lepas dah buat kajian tentang Gong... masa pun banyak lagi... so kami ambil kesempatan untuk pergi ke Tanjung Mengayau... tempat yang dikatakan pertemuan Laut China Selatan dengan Laut Sulu... terbukti tempat 2 memang sangat indah... sesunguhnya ciptaanNya tidak sia-sia untuk kita semua nikmati... keindahan alam yang memukau jiwa... pasir putih persis mutiara... air laut yang membiru menenangkan hati... angin bayu yang menyapa tubuh terasa hilang segala keserabutan yang tertanggung di kampus sekejap... apa yang dilihat tidak dapat digambarkan dengan kata-kata... memang sangat cantik... melihat seluas alam yang terbentang menginsafi diri dengan rasa syukur pada penciptaNya... SUNGGUH INDAH... semua yang berkunjung di situ pasti merasa keindahan yang sama...

air biru... jernih lagi...

alam yang terbentang luas

kandit2.. hehe..

lepas nie... kemana pula laa... destinasi sebelum masuk alam praktikal... ehmm...
sebenarnya nak pergi melancong xpayah jauh2 pun... dalam Malaysia pun dah cukup...
banyak temapat yang menarik kat Malaysia nie... tinggal sedia duit jerk...

akhir kata TERIMA KASIH kepada informan2 yang membantu kami dalam kajian GONG...
diharap warisan ini dapat dipelihara untuk generasi akan datang...
SALAM SAYANG buat kawan2 yang terlibat...
wassalam dari zie25

No comments:

Post a Comment

menulislah dengan ikhlas...