Monday, 26 December 2011

Jangan Bersedih


buku ini menarik minat aku semasa menyunjungi kedai buku, lantas aku mencapai dan membelinya.
pertama kali memulakan pembacaan pada bab pertama iaitu EMAS membawa aku pada ruang yang lain, setiap kata yang aku baca seolah-olah tidak jemu dan bosan. memberi semangat dan tauladan dalam menjalani kehidupan.
ia sesuai dibaca bagi wanita yang mencari cinta yang sebenar-benarnya dan memberi motivasi kepada wanita yang ingin menjadi wanita paling bahagia  dan solehah.
buku ini mempunyai bab-bab yang ditulis dengan tajuk seperti EMAS, KALUNG, PERMATA, MUTIARA, BERLIAN, INTAN, YAQUT, NILAM, CINCIN, MANIKAM, dan KRISTAL yang terdapat sinar keindahan, cahaya kecantikan dan kesucian Nur illahi  dalam setiap bab yang diterangkan.
semoga buku ini dapat memberi panduan kepada wanita-wanita yang membacanya untuk menjadi wanita yang paling bahagia dan solehah. InsyAllah...

SELAMAT MEMBACA

No comments:

Post a Comment

menulislah dengan ikhlas...