Monday, 19 December 2011

bukan susah untuk memberi senyuman kepada insan lain, tak perlu diminta baru mahu memberi. lahirkan lah senyuman yang ikhlas dari hati yang murni, insyallah ia akan bermanfaat kepada orang-orang disekeliling anda, dengan senyuman lah ia dapat mengubati rasa duka, sedih, hiba dan risau seseorang itu. panahan senyuman yang dilemparkan dapat menjadi penyembuh yang paling baik. senyuman yang terukir memberi seribu makna bagi yang memandangnya segala keserabutan diminda akan hilang serta merta apabila terlihat senyuman orang yang paling dikasihi. jangan terlalu kedekut dan sombong dengan senyuman, ia satu anugerah terindah yang diberikan Tuhan untuk hambanya memanfaatkannya dengan cara yang berfaedah.


sembunyikan segala duka, sedih, kecewa dan kerisauan anda disebalik senyuman itu, menampakkan wajah yang ceria dengan senyuman dapat mengembirakan anda dan orang di sekeliling anda. biarlah apa yang ada disebalik senyuman itu tiada yang tahu hanya DIA sahaja yang mengetahui apa yang anda rasa. kerna orang yang mengembirakan orang yang berduka akan mendapat sesuatu apa yang telah dilakukan. 

SENYUMLAH SELAGI ANDA MASIH BOLEH TERSENYUM... :)

No comments:

Post a Comment

menulislah dengan ikhlas...