Friday, 11 January 2013

Binatang-binatang yang disebut dalam al-Quran

1. Semut
(Maralah angkatan itu ) hingga apabila mereka sampai ke "Waasin-Naml", berkatalah seekor semut : "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari" (27:18)

2. Lebah 
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: " Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di banginan-bangunan yang didirikan oleh manusia. (16:68)

3. Lembu
Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)". (2:67)

4. Unta
"Dan serukanlah umatt manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menuggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk) yang jauh. (22:27)

5. Burung Gagak
Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat orang-orang (Yahudi). (Qabil) berkata :" Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal. (5:31)

6. Keldai
(sifat-sifat Nabi Muhammad itu telahpun diterangkan dalam Kitab Taurat tetapi orang-orang Yahudi tidak juga mempercayainya, maka) bandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). Buruj sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. (62:5)

7. Gajah
Tidaklah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah) (105:1)

8.Lalat
Wahai umat manusia, inilah diberikan satu perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya). (22:27)

9. Monyet
Maka stelah mereka berlaku sombong takbur (tidak mengambil indah) kepada apa yang telah dilarang mereka melakukannya, kami katakan kepada mereka : "Jadilah kamu kera yang hina" (7:166)

10. Nyamuk
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamu hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmahnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: " Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya) : Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan perbandingan itu melainkan orang orang yang fasik. (2:26)

11. Labah-labah
Misal bandingan orang-orang yang mejadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapakan pertolongan) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadikan tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang orang yang berpengetahuan. (29:41)

12. Burung
Ptutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung- burung itu mengembang dan menutupkan sayanya ? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah.Sesungguhnya Ia Maha Melihat Serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (67:19)

13 Kuda
Dan desak serta pujuklah sesiapa yang dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut- sampurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan nak-anak (mereka) ; dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)". Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata (17:64)

14. Ikan
Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat dua laut itu, lipalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu mengelunsur merempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah. (18:61)




Wednesday, 2 January 2013

Saturday, 29 December 2012

Cantik Cara Islam


  1. Dalam tubuh manusia, ada tiga ruang untuk tiga benda : Sepertiga untuk undara, sepertiga untuk air, dan sepertiga untuk makanan. Rasulullah SAW mengamalkan berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis untuk menyimbangkan kesihatan.
  2. Rasulullah SAW gemar berjalan kaki. Baginda berjalan kaki ke Masjid, pasar, medan jihad dan berkunjung ke rumah para sahabatnya. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, liang roma akan terbuka dan peredaran darah akan berjalan dengan lancar.
  3. Fizikal Rasulullah SAW adalah tegap, sederhana, kuat dan sihat. Baginda tidak gemuk, tidak buncit perutnya,dan raut wajahnya sangat bersih, cantik dan penuh bercahaya.
  4. Dari Aisyah r.a, katanya : Rasulullah SAW bersabda : "Sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu : menggunting misai, membiarkan janggut (tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi(membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak." Kata Mas'ab (salah seorang rawi hadis ini)" dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur.
  5. Rasulullah SAW sentiasa bersih dan rapi. Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi pada setiap hari khamis atau jumaat. "Mandi pada hari jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman." (Hadis Riwayat Muslim)
  6. Rasulullah SAW selalu bangun sebelum Subuh. Hikmahnya adalah mendapat pahala yang melimpah ruah, udara segar pada tubuh dingin yang ternyata dapat merawat penyakit tibi serta menguatkan akal fikiran.
  7. Jika mahu kekal cantik, Rasulullah SAW menganjurkan kepada semua umatnya agar tidak marah. Nasiahat Rasulullah agar 'jangan marah' diulang sehingga tiga kali. ini menunjukkan bahawa kesihatan dan kecantikan pada luaran, malah lebih kepada dalaman iaitu kebersihan jiwa. Tip untuk menahan marah : Ubah posisi ketika marah. Apabila berdiri, maka hendaklah kita duduk. Apabila duduk, maka hendaklah kita berbaring. Kemudian, bacalah ta'awwudz kerana marah itu adalah sikap daripada syaitan. Segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat untuk menghilangkan kegusaran dan mendapatkan ketenangan di hati.
  8. Jailah seorang yang pemaaf untuk kekal cantik. Sifat pemaaf dituntut untuk menenteramkan jiwa. Jika kita memaafkan, pasti badan kita akan sihat dan wajah anda akan memancarkan sinar yang bercahaya kerana hati kita bersih daripada dendam. "Tetapi barang siapa yang bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia" (Al-Quran 42:43)

Sumber : Majalah Dara.com (Januari)

Friday, 28 December 2012

Sikap NABI Terhadap Makanan


  • Sikap Rasulullah SAW terhadap makanan amat sederhana. Baginda tidak cerewet tentang soal makan, malah ada ketikanya mengikat batu di perutnya untuk menahan lapar.
  • Baginda akan makan apa yang disediakan, dan tidak pernah menolak walaupun yang dihidangkan hanya buah tamar yang setengah masak atau mengkal. Jika disajikan daging panggang baginda juga tidak menolaknya.
  • Baginda tidak pernah bersandar di waktu makan atau memasang meja untuk meletakkan makanan.
  • Nabi SAW juga tidak pernah Kenyang dari roti gandum selama tiga hari berturut-turut.
  • Baginda makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Sumber : Majalah Solusi

Tip Mudah Bangun Malam Imam Ghazali


  • Elakkan makan terlalu banyak hingga membuat anda terlalu mengantuk, badan menjadi berat dan malas untuk bangun beribadat di waktu malam
  • Sebaik-baikya amalkan Qailullah atau tidur sekejap pada waktu siang (kira-kira 20 minit sebelum zuhur)
  • Memahami kelebihan-kelebihan beribadat pada waktu malam. Dengan itu akan timbul keinginan mendapatkan pahala lebih dan mencapai tingkatan syurga yang lebih tinggi.
  • Tingkatkan kecintaan kepada Allah, bersihkan hati dari unsur-unsur syirik kecil mahupun besar, dan peliharalah ibadah. Ini kerana dosa-dosa yang dilakukan di siang hari akan memberatkan untuk bangun beribadat kepada Allah SWT.

selain itu, ingatlah hadis daripada Abu Barzah ini
"Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak menyukai perbuatan tidur sebelum Isyak dan berbual-bual selepasnya" - Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim

Mengapa?? Sebab tidur sebelum Isyak dikhuatiri akan menyebabkan solat berjemaah diabaikan, manakala berbual-bual selepas Isyak pula berkemungkinan akan melewatka tidur, dan menyebabkan sukar bangun untuk qiamullai, malah solat Subuh.

Sumber : Majalah Solusi