- Elakkan makan terlalu banyak hingga membuat anda terlalu mengantuk, badan menjadi berat dan malas untuk bangun beribadat di waktu malam
- Sebaik-baikya amalkan Qailullah atau tidur sekejap pada waktu siang (kira-kira 20 minit sebelum zuhur)
- Memahami kelebihan-kelebihan beribadat pada waktu malam. Dengan itu akan timbul keinginan mendapatkan pahala lebih dan mencapai tingkatan syurga yang lebih tinggi.
- Tingkatkan kecintaan kepada Allah, bersihkan hati dari unsur-unsur syirik kecil mahupun besar, dan peliharalah ibadah. Ini kerana dosa-dosa yang dilakukan di siang hari akan memberatkan untuk bangun beribadat kepada Allah SWT.
selain itu, ingatlah hadis daripada Abu Barzah ini
"Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak menyukai perbuatan tidur sebelum Isyak dan berbual-bual selepasnya" - Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim
Mengapa?? Sebab tidur sebelum Isyak dikhuatiri akan menyebabkan solat berjemaah diabaikan, manakala berbual-bual selepas Isyak pula berkemungkinan akan melewatka tidur, dan menyebabkan sukar bangun untuk qiamullai, malah solat Subuh.
Sumber : Majalah Solusi
No comments:
Post a Comment
menulislah dengan ikhlas...