Saturday, 29 December 2012

Cantik Cara Islam


  1. Dalam tubuh manusia, ada tiga ruang untuk tiga benda : Sepertiga untuk undara, sepertiga untuk air, dan sepertiga untuk makanan. Rasulullah SAW mengamalkan berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis untuk menyimbangkan kesihatan.
  2. Rasulullah SAW gemar berjalan kaki. Baginda berjalan kaki ke Masjid, pasar, medan jihad dan berkunjung ke rumah para sahabatnya. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, liang roma akan terbuka dan peredaran darah akan berjalan dengan lancar.
  3. Fizikal Rasulullah SAW adalah tegap, sederhana, kuat dan sihat. Baginda tidak gemuk, tidak buncit perutnya,dan raut wajahnya sangat bersih, cantik dan penuh bercahaya.
  4. Dari Aisyah r.a, katanya : Rasulullah SAW bersabda : "Sepuluh perkara dari (peraturan-peraturan kebersihan) yang dituntut oleh agama, iaitu : menggunting misai, membiarkan janggut (tumbuh panjang serta mengemaskannya), bersugi(membersihkan gigi), menyedut air-membersihkan hidung, memotong kuku, membasuh buku-buku jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, dan beristinjak." Kata Mas'ab (salah seorang rawi hadis ini)" dan aku lupa akan perkara yang kesepuluh, aku fikir perkara itu) tidak lain dari berkumur-kumur.
  5. Rasulullah SAW sentiasa bersih dan rapi. Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi pada setiap hari khamis atau jumaat. "Mandi pada hari jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman." (Hadis Riwayat Muslim)
  6. Rasulullah SAW selalu bangun sebelum Subuh. Hikmahnya adalah mendapat pahala yang melimpah ruah, udara segar pada tubuh dingin yang ternyata dapat merawat penyakit tibi serta menguatkan akal fikiran.
  7. Jika mahu kekal cantik, Rasulullah SAW menganjurkan kepada semua umatnya agar tidak marah. Nasiahat Rasulullah agar 'jangan marah' diulang sehingga tiga kali. ini menunjukkan bahawa kesihatan dan kecantikan pada luaran, malah lebih kepada dalaman iaitu kebersihan jiwa. Tip untuk menahan marah : Ubah posisi ketika marah. Apabila berdiri, maka hendaklah kita duduk. Apabila duduk, maka hendaklah kita berbaring. Kemudian, bacalah ta'awwudz kerana marah itu adalah sikap daripada syaitan. Segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat untuk menghilangkan kegusaran dan mendapatkan ketenangan di hati.
  8. Jailah seorang yang pemaaf untuk kekal cantik. Sifat pemaaf dituntut untuk menenteramkan jiwa. Jika kita memaafkan, pasti badan kita akan sihat dan wajah anda akan memancarkan sinar yang bercahaya kerana hati kita bersih daripada dendam. "Tetapi barang siapa yang bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia" (Al-Quran 42:43)

Sumber : Majalah Dara.com (Januari)

Friday, 28 December 2012

Sikap NABI Terhadap Makanan


  • Sikap Rasulullah SAW terhadap makanan amat sederhana. Baginda tidak cerewet tentang soal makan, malah ada ketikanya mengikat batu di perutnya untuk menahan lapar.
  • Baginda akan makan apa yang disediakan, dan tidak pernah menolak walaupun yang dihidangkan hanya buah tamar yang setengah masak atau mengkal. Jika disajikan daging panggang baginda juga tidak menolaknya.
  • Baginda tidak pernah bersandar di waktu makan atau memasang meja untuk meletakkan makanan.
  • Nabi SAW juga tidak pernah Kenyang dari roti gandum selama tiga hari berturut-turut.
  • Baginda makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Sumber : Majalah Solusi

Tip Mudah Bangun Malam Imam Ghazali


  • Elakkan makan terlalu banyak hingga membuat anda terlalu mengantuk, badan menjadi berat dan malas untuk bangun beribadat di waktu malam
  • Sebaik-baikya amalkan Qailullah atau tidur sekejap pada waktu siang (kira-kira 20 minit sebelum zuhur)
  • Memahami kelebihan-kelebihan beribadat pada waktu malam. Dengan itu akan timbul keinginan mendapatkan pahala lebih dan mencapai tingkatan syurga yang lebih tinggi.
  • Tingkatkan kecintaan kepada Allah, bersihkan hati dari unsur-unsur syirik kecil mahupun besar, dan peliharalah ibadah. Ini kerana dosa-dosa yang dilakukan di siang hari akan memberatkan untuk bangun beribadat kepada Allah SWT.

selain itu, ingatlah hadis daripada Abu Barzah ini
"Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak menyukai perbuatan tidur sebelum Isyak dan berbual-bual selepasnya" - Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim

Mengapa?? Sebab tidur sebelum Isyak dikhuatiri akan menyebabkan solat berjemaah diabaikan, manakala berbual-bual selepas Isyak pula berkemungkinan akan melewatka tidur, dan menyebabkan sukar bangun untuk qiamullai, malah solat Subuh.

Sumber : Majalah Solusi

Kembali Rindu...

rasa sedih pula malam nie... semua kenangan lalu bersama rakan2... berlegar-legar di atas kepala.. satu persatu kenangan itu muncul dan mengingatkan ku kembali ke masa lalu... waktu mula-mula masuk universiti bersama teman-teman... waktu membuat kajian lapangan... waktu menyambut bulan puasa... waktu menyambut hari raya haji... waktu bersosial di 1B dan KK... waktu menguruskan program... waktu jalan-jalan keliling Sabah... semuanya muncul kembali.. dan aku terasa sangat merindui waktu-waktu itu... jika waktu boleh dikembalikan akan aku perbetulkan segala yang buruk dalam kenangan itu... supaya tiada kotoran-kotoran yang akan menyakitkan hati sesiapa pun...

waktu di universitilah paling banyak cabaran dan dugaan yang menjadikan aku dan teman-teman sabar dan tabah... menjadikan kami pengenal erti kehidupan dengan bererti... segala  yang diperolehi akan menjadi semangat yang jitu untuk mengharungi hari-hari yang akan mendatang... ilmu2 yang menggunung moga dapat menjadi pendamping untuk masa hadapan kelak...

kenangan manis dan pahit... menjadi kaca mata aku... bibit2 rindu mula bercambah saat aku mengenangkan kenangan indah bersama teman-teman... kepahitan menjadi manis apabila di kenang... begitulah resam kehidupan yang xpernah jemu untuk mengajar manusia menjadi lebih matang...

Thursday, 27 December 2012

SPSUMS


CLASSMATE MAJOR PENULISAN



Hadi, Yunus, Irwan(were), Ridwan(budu poyok), Fakih, Fendi, Nik Nasrullah, Jesu, Azreen, Alice, Selselah, Welter, Ku Norhizwah(wawa), Effy, Suhaila, Fatimah, Wani Mamat, Mira, K.Yana (Zuliana), K.Suria, K.Ana, Linda, Yan(Azean), Ita(Rosnita), Ifa(Afifa), Sal(Salfaizah), Fizah(Hafizah Jehan), Aza(Azahrita), Will(Willhelviani), V(Vivilin), Pqah(Syafiqah), Laila, Fiqah(Afiqah), Jun(Junaidah), Anis(Amrina Anis), In(Indah), Nuyu, Dila, Ilah, Zarini, K.Nik, Auni, Wani Ismail, Zulaiha, Anis Labuan, Fatin Syamila, Syarifah Kamilah, Nurul Huda, Wani Wahab, K.Yat, Huda Hamid, Masniah, K,ayu, K.achik, Asidah, Ariswanto, Failiana, Maslijan, Munirh Nasir, Munirah Mooney.


    segala suka dan duka kita hadapi bersama... masa tidak menuggu untuk kita terus bersama... perjalanan masing-masing sudah ditentukan lebih awal... kenangan yang telah kita bina menjadi kenangan yang terindah untuk semua... tiada lagi wajah-wajah yang sering menceriakan kelas dan menegangkan suasana kelas kita... semua akan menjadi satu memori yang paling akan kita rindui... semoga semua akan tetap dalam kenangan... MISS U ALL...