Thursday, 11 October 2012

ALAM INI


Alam ini adalah untuk kita mencari diri, merungkai segla isi khazanah yang tersimpan...
belajar mengenal dir dengan menghayati alam yang luas terbentang
mencari makna diri yang sebenar di muka bumi
supaya kita dapat menuju ke arah yang betul dan benar

Alam ini adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai dan tandingan
segala yang sudah tergambar pada ciptaan alam yang indah
semua yang diciptaan olehNya tiada yang sia-sia
yang mensia-siakan adalah manusia itu sendiri

Alam ini adalah tempat kita menghuni dan menyelami mencari diri
dan tempat kita menemui segala mukjizat kehidupan
menyeberang  alam untuk menikmati belantara
serta gunung dan lembah tapak hidup kita

Alam juga berada di ruang hadapan kenyataan dan khayal setiap manusia
sejuta rahsia tersimbunyi pada laut, gunung, langit, matahari dan bulan

ALAM SEBENARNYA TERBENTANG UNTUK KITA KUTIP 
SEGALA MAKNA YANG TERSINGKAP DI DALAMNYA 


Jika Kau Tiada - Episod 1


Setiap kali pulang ke kampung Ana pasti rimas dan gelisah dengan suasana kampung. Ana tidak suka dengan keadaan kampung yang baginya agak kolot dan tidak seronok. Ana sudah terbiasa dengan suasana Kota yang menyeronokkan. Walaupun bising dengan bunyi kenderaan dan orang ramai.

Ana  berasa jiwanya tetap tenteram. Kehidupannya  juga bebas dari pengawasan kedua ibubapanya. Ana sudah dididik dan didedahkan dengan suasana hiruk pikuk kota yang merupakan tempat mereka sekeluargan tinggal.Dia dan adiknya sudah lali dengan keadaan di kota yang penuh dengan kesibukan dan kebisingan. sementara itu ibubapa mereka jarang-jarang sekali memantau pergerakan mereka dik kerana sibuk dengan urusan masing-masing.

Ana Farhana merupakan anak kedua dari tiga adik beradik. Datuk Mohd Fazli seorang pengurus di sebuah Syarikat Mega Holding, Datin Fauziah pula hanya sebagai suri rumah dan menjaga segala keperluan di rumah. Ana mempunyai seorang adik lelaki iaitu Mohd Faiz dan seorang abang yang bernama Mohd Farid.

Walaubagaimanapun, abangnya tidak tinggal bersama mereka di Kuala Lumpur. Abangnya tinggal bersama dengan nenek mereka di Kampung memandangkan nenek mereka tinggal seorang. Abangnya telah diasuh oleh nenek mereka sejak dari kecil. Farid seorang cucu yang baik dan selalu membantu neneknya bekerja di kebun.

Selepas tamat waktu sekolah Farid akan membantu neneknya di kebun. Bekerja dengan kerja-kerja kampung Farid sudah pandai dan tidak perlu disuruh-suruh. Dia sendiri tahu untuk melakukannya. Sikap Farid sangat dikagumi oleh Hajah Fatimah. 

untuk mengetahui cerita selanjutnya... ikuti episod akan datang...

*diwaktu petang yang damai*04.44pm*11/10/12*

Saturday, 29 September 2012



apa erti bunga mawar biru ini???

sebenarnya hanya hiasan saja... hehehe...


Sunday, 16 September 2012

Ulasan Bacaan

setelah menbaca sejarah tentang penyair sufi Mawlana Jalalud-Din Rumi... saya tertarik dengan kata beliau dalam syairnya... kata-kata yang membangkitkan semangat dan jiwa...


Wajah Kekasih

kerana cinta pahit menjadi manis
kerana cinta tembaga menjadi emas
kerana cinta tahi minyak serasa khamar
kerana cinta luka bagai penawar
kerana cinta duri bagaikan mawar mekar
kerana cinta cuka dirasa gula
kerana cinta bangsal kuda bagai istana
kerana cinta rugi bagaikan laba
kerana cinta penjara bertukar taman kencana
kerana cinta batu dan debu ibarat taman bintang seribu
kerana cinta api menjdi cahaya
kerana cinta jin ifrit bagai jelita
kerana cinta batu yang keras menjadi cair ibarat mentega
kerana cinta sebatang lilin menjadi pedang satria
kerana cinta kerana cintaduka nestapa menjadi riang ria
kerana cinta gergasi menjadi bidadari
kerana cinta sengatan menjadi madu asli
kerana cinta singa menjadi jinak
kerana cinta sakit menjadi sembuh
kerana cinta kemarahan menjadi kasih sayang
kerana cinta mati bagaikan hidup
kerana cinta raja menjadi hamba sahaya

Sumber dipetik dari :- Rangkaian SASTERA SUFI oleh Baharudin Ahmad

Saturday, 15 September 2012

kata semangat




"Kemenangan dan Kejayaan itu sedang menanti di hadapan kita
Walaupun tekanan semakin dahsyat dan keras menghimpit kita
Tetapi ingatlah bahawa sesungguhnya fajar mentari
pasti akan terbit walaupun kegelapan masih berpanjangan"

~Al- Imam Hassan Al-Banna~