Wednesday, 28 December 2011

Kunci-Kunci Meraih Kejayaan

  • Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah SWT dan RasulNya
  • Kunci rezeki adalah berusaha disertai dengan istighfar dan ketaqwaan
  • Kunci syurga adalah mengesakan Allah SWT (Tauhid)
  • Kunci iman adlah merenungkan ayat-ayat Allah SWT dan tanda-tanda kebesaran yang ada pada makhluk-makhlukNya
  • Kunci kebaikan adalah kejujuran
  • Kunci kehidupan hati adalah merenungkan Al-Quran, berdoa di malam hari dan meninggalkan perbuatan dosa
  • Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu untuk bertanya den mendengar dengan baik
  • Kunci kemenangan dan kejayaan alah sabar
  • Kunci kebahagian adalah taqwa
  • Kunci bertambahnya nikmat adalah syukur
  • Kunci mencintai Akhirat adalah zuhud terhadap duniawi
  • Kunci agar permintaan dikabulkan oleh Allah adalah berdoa

BEKALAN SENYUMAN SESEORANG IBARAT CAHAYA DARI MATAHARI

Sumber Daripada : Dr Aidh Bin Abdullah Al-Qarni ( Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia)

Tuesday, 27 December 2011

Ketika Cinta Bertasbih

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

:- aku suke sngat dengar lagu nie... bila dengar je rse tenang dan mndamaikn... setiap baris lirik yang mengalumkn lagu... sngt mndyu-dayu... shingga ade ktikanya boleh smpi trtido
hehehehe...

lgi2 klu tgk cerita Ketika Cinta Bertasbih... best sngt ceritanya... banyk pengajaran yang trdapt dalam cerita KCB nie... banyak menonjolkan tntng agama dan prhubungan sesama manusia. yang pastinya memberi pengajaran dan panduan kepada penonton.




W + Z


Biskut JACOBS (Weetameal) + Thousand Island Salad Dressing
nyumm..nyumm..nyumm....

Inilah kalau dah xde keje dah nak buat... hahahaha
kreatif kan???

ape2 pun idea nie tercetus time aq tengah makan biskut Jacobs sambil layan movie Adnan Sempit
hehehehe....
tibe2 plak terase nak buat corak kt atas biskut 2...
so jadilah yg tertera kt atas 2... hahahaha

ape2 pun bila makan je biskut 2... rase lagi sedap la pulak....
hihihihi....


p/s : JANGAN TIRU PERKARA DIATAS... HAHAHAHAHA
       
..................................................................JUST FOR FUN.......................................................................

Monday, 26 December 2011

Jangan Bersedih


buku ini menarik minat aku semasa menyunjungi kedai buku, lantas aku mencapai dan membelinya.
pertama kali memulakan pembacaan pada bab pertama iaitu EMAS membawa aku pada ruang yang lain, setiap kata yang aku baca seolah-olah tidak jemu dan bosan. memberi semangat dan tauladan dalam menjalani kehidupan.
ia sesuai dibaca bagi wanita yang mencari cinta yang sebenar-benarnya dan memberi motivasi kepada wanita yang ingin menjadi wanita paling bahagia  dan solehah.
buku ini mempunyai bab-bab yang ditulis dengan tajuk seperti EMAS, KALUNG, PERMATA, MUTIARA, BERLIAN, INTAN, YAQUT, NILAM, CINCIN, MANIKAM, dan KRISTAL yang terdapat sinar keindahan, cahaya kecantikan dan kesucian Nur illahi  dalam setiap bab yang diterangkan.
semoga buku ini dapat memberi panduan kepada wanita-wanita yang membacanya untuk menjadi wanita yang paling bahagia dan solehah. InsyAllah...

SELAMAT MEMBACA

Sunday, 25 December 2011

Hidup

Hidup jadi celaru
Makin lama menjadi buntu
Tak tahu mana arah nak dituju
Walaupun tau hanya pada yang SATU
Mencari tujuan kian keliru
Andai waktu matiku aku tahu
Senang untuk amal kuburu
Saat ini apalah dayaku
Mengenal diri pun aku tak tahu
Inikan pula kenal yang maha SATU
Bukakan lah aku satu pintu
Supaya aku mendapat cahaya yang SATU
Agar dapat mengenali diriku
Kembali berjalan pada jalan yang SATU
Menyulam cinta kasihMU
Menjadi teman setiap langkahku
Untuk dekat pada yang Maha SATU