Tuesday, 20 December 2011

Keterangan Ayat 1-3 ( Surah Al Insan )

Pada mulanya manusia belum ada dan namanya belum tersebut sedikitpun. Kemudian Allah menjadikan manusia dari setitis air(mani) lelaki dan perempuan. Tidak lama kemudian jadilah manusia yang pandai mendengar dan melihat. Apakah tidak patut manusia itu insaf dan percaya kepada Allah yang menjadikannya itu? Selain daripada itu Allah menunjukinya kepada dua jalan: jalan kebaikan dan jalan keimanan; sehingga ia ingkar akan nikmat Allah. Hal ini nyata kerana Allah menganugerahkan akal kepada manusia. Dengan akal dapatlah ia menimbang dan memikirkan mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang manfaat dan mana melarat. Sebab itu Allah menyediakan untuk orang yang beriman dan berbuat baik, syurga kesenangan dan untuk orang yang kafir dan berbuat jahat, neraka jahanam.

Monday, 19 December 2011

bukan susah untuk memberi senyuman kepada insan lain, tak perlu diminta baru mahu memberi. lahirkan lah senyuman yang ikhlas dari hati yang murni, insyallah ia akan bermanfaat kepada orang-orang disekeliling anda, dengan senyuman lah ia dapat mengubati rasa duka, sedih, hiba dan risau seseorang itu. panahan senyuman yang dilemparkan dapat menjadi penyembuh yang paling baik. senyuman yang terukir memberi seribu makna bagi yang memandangnya segala keserabutan diminda akan hilang serta merta apabila terlihat senyuman orang yang paling dikasihi. jangan terlalu kedekut dan sombong dengan senyuman, ia satu anugerah terindah yang diberikan Tuhan untuk hambanya memanfaatkannya dengan cara yang berfaedah.


sembunyikan segala duka, sedih, kecewa dan kerisauan anda disebalik senyuman itu, menampakkan wajah yang ceria dengan senyuman dapat mengembirakan anda dan orang di sekeliling anda. biarlah apa yang ada disebalik senyuman itu tiada yang tahu hanya DIA sahaja yang mengetahui apa yang anda rasa. kerna orang yang mengembirakan orang yang berduka akan mendapat sesuatu apa yang telah dilakukan. 

SENYUMLAH SELAGI ANDA MASIH BOLEH TERSENYUM... :)

Harapanku

BiarLah Orang Ketawa
Asalkan Dia Gembira 
Hatiku Pun Senang Jua
Melihat Orang Bahagia
Bukan Kupinta Simpati
Tak Mahu Di kasihani
Aku memang Begini
Terserah Pada Illahi

Thursday, 15 December 2011

JALAN MENUJU ALLAH MERUPAKAN JALAN SEBAIK-BAIKNYA

adakalanya jiwa ini mengeluh
kerana musibah yang menimpanya
padahal ada jalan keluarnya semudah membuka ikatan



sesungguhnya kita memerlukan harta untuk hidup
tetapi
bukan bererti harus hidup demi harta

Tuesday, 13 December 2011

catatan 2.40am



SENYUMLAH SELALU WALAUPUN ANDA DALAM KESEDIHAN, SUPAYA ORANG DISEKELILING ANDA TURUT TERSENYUM MELIHAT ANDA TERSENYUM DARIPADA MENUNJUKAN MUKA YANG SEDIH SEPERTI KESEDIHAN YANG ANDA RASAI