Asyiknya mencari cinta manusia
Hilang diri membawa lara
Kerna diri tak pernah setia
Menyulam kasih anugerah Yang Esa
Pudar cinta menutupi awan duka
Baru tersedar ia berharga
Asyiknya mencari cinta manusia
Bila tak terbalas rasa hampa
Berusaha lagi mendapat cinta
Cinta berpaling rasa kecewa
Bangkit diri menuju Yang Esa
Kerana cinta bersifat sementara
Asyiknya mencari cinta manusia
Lupa pada Yang Maha Kuasa
Kurniaan cinta milikNya
Tiada tertanding hamba dunia
Cinta kasihNya
Bak raja dunia
Asyiknya mencri cinta manusia
Leka diri sehingga merana
Salahkan takdir salahkan pencinta
Ujian diberi tiada diduga
Kembalilah mencari Sang Pencinta
Sujud padaNYa temui cintaNya
No comments:
Post a Comment
menulislah dengan ikhlas...