Monday, 24 October 2011

Buatmu sahabatku


kaulah insan sejati
menerangi cahaya setia hatimu
sebagai rakan,kawan dan teman
menemani aku di kala…
aku duka dan lara

curahan budimu seikhlas hatimu
tanpa paksaan dan godaan dari sesiapa
kau beri kegembiraan tiada batasan
keikhlasanmu tiada aku sangsi
kejujuranmu tiada aku ragu
bersama ku kau kongsi

jalan seiringan menuju satu matlamat
mencari ilham mendaki puncak jaya
menempuhi cabaran yang datang bersama
supaya cita-cita terus terbina megah
mewarnai masa depan kita

kaulah kawan kaulah teman
kau muncul di saat suka duka
memberi kedamaian jiwa ku
mengubat rinduku buat ibu dan bapa
serta menceriakan hari-hari sedihku

namun, perkenalan kita terlalu singkat
jalinan yang baru terbina separuh jalan
memaksa aku berpisah denganmu
kerana takdir yang telah tertulis
kau dan aku harus hadapi perpisahan..

walaupun hubungan ini tidak lama
kau amat bermakna bagi diriku
segala kita lalui bersama ku hargai
walaupun pahit untuk ku terima
ku relakan hatiku untuk persahabatan kita

kenangan bersamamu…
memberi seribu kemanisan buatku
kudoakan kau bahagia
menghadapi hidup penuh liku
dengan tabah dan sabar

hanya satu pinta ku
walaupun kita berjauhan
persahabatan yang baru bermula
akan terus kekal dan terjalin selamanya…

terima kasih wahai sahabat
persinggahan mu
melestarikan persahabatan kita…
Luka Dihati


Jika enkau merasa diseksa 

Jangan kau sebut namaku

Jangan kau ingat kenangan bersamaku

Jangan kau panggil diriku
Hanya akan membinasa dirimu



Jika engkau merasa disakiti

Jangan kau lihat bayanganku

Jangan kau kata tentang diriku

Jangan kau fikirkan senyumanku
Hanya akan melukakan hatimu



Kerana aku insan biasa

Yang punya hati dan perasaan

Untuk dikasihi dan disayangi

Pergilah jauh dariku
Agar kau lenyap dari hidupku


No comments:

Post a Comment

menulislah dengan ikhlas...