Saturday, 15 September 2012

dara.com

" Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak sehebat Rasulullah SAW
Tidak perlu isteri secantik Balgis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman"

"Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah"


:: kata mutiara dari Majalah DARA::

Kongsi Resepi

KEK BATIK BISKUT MARIE
Oleh
CHEF ZIE25

setiap kali balik cti sem kt rumah perkara yang mesti saye selalu buat adalah membuat kek batik biskut marie
sebab inilah kek kegemaran saye...
nak buat pun senang dan mudah

sila ikuti bahan -bahan dibawah ini :-


1. sediakan biskut marie ( tak kira jenama apa pun)

2. pecahkan biskut marie tersebut menjadi kepingan yang kecil 


3. 1 cawan marjerin @ butter


4. 2 cawan milo


5. 2 susu besar koko


6. 1 cawan susu pekat

cara-caranya :-
< panaskan majerin dan masukkan semua bahan di atas kecuali biskut marie
<kacau bahan tersebut sehingga sebati
< jika sudah pekat masukan biskut marie yang telag dipecahkan tadi dan kacau
sehingga semua biskut sebati
< kemudian setelah semua sebati...
masukkan biskut tadi ke dalam bekas @ loyang
< tekan adunan biskut dengan plastik bersih supaya ia padat 
mengikut bekas yang diisi seperti gambar dibawah

tttttttaaaaa.... ddddaaaaa!!!!!
DAH SIAP


< kemudian bolehlah dipotong dan dimakan bersama keluarga 
di waktu sarapan pagi atau minum petang :D


SELAMAT MEMCUBA


Saturday, 28 July 2012

bicara malam

bila kita dah mula bercerita dengan kawan pasal hal kehidupan, mesti kita kan bercerita juga tentang kehidupan masing-masing. lain orang lain la cerita, bermacam jenis cerita kita dapat dengar dari mereka.
tapi yang pelik kita secara tidak sengaja akan cerita tentang hal yang tidak sepatutnya kita cerita kepada kwan-kawan kita. tetapi nak buat macam mana... kita sering lupa dan leka dengan batas-batas cerita yang tidak perlu diceritakan kepada mereka. contohnya, hal keluarga, peribadi dan peribadi hal orang lain. mungkin kita cerita untuk dijadikan teladan dan pengajaran kepada kawan-kawan... tapi sebenarnya tidak perlulah sampai cerita yang meleret-leret.
kadang-kadang semua kebaikan kita akan diceritakan kepada kawan-kawan. bukankah itu boleh dianggap sebagai riak?

Friday, 13 July 2012

Ulasan Lagu

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Hanya sampi satu jalan



"Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah-pecah umatku sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi dan Nesrani dalam ugama mereka. Berpecah umatku menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.

Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’

Sabda Rasulullah (s.a.w): 'Iaitu yang mngikut jalanku (yakni, sunnah beliau atau as-sunnag) dan jalan sahabat-sahabatku yang benar lagipun diberi petunujuk oleh Allah'

lagu : Tanya sama itu Hud-hud
Penyanyi : M.Nasir


Friday, 20 April 2012

Keheningan Malam

sesungguhnya cintaku padanya sangat kuat sangat ini
aku merindui dia dalam setiap saatku
cuma
ku pendam supaya tidak diketahui yang lain
kecuali yang Maha Cinta
kini rasa rindu dan cinta itu
tidak dapat menampung air kerinduan itu
lalu
pecah dan melimpah 
membasahi pipi
aku berdoa dalam sujudku
supaya dia juga sabar dan tabah sepertiku
untuk menanggung kerinduan ini

sungguh aku sangat rindu pada wajah tua itu