Saturday, 24 December 2011

K.A.W.A.N

kawan? memang ramai yang mempunyai kawan, namun kadang-kadang kita slah untuk memilih kawan, kadang-kadang juga ada kawan yang tikam dari belakang, kadang-kadang juga ada yang sanggup korban untuk mempertahankan hubungan antara kawan. Jadi pilihlah kawan yang membina kerna ia dapat membantu anda membina diri anda juga. Sanyangi kawan anda seperti anda menyanyi diri anda, kerna apabila ia hilang anda akan menyesal dan tidak akan berguna lagi. Jadikan lah mereka sebagai semangat untuk anda memajukan diri dan mendewasakan diri anda. kadang kala apa yang kita alami adalah sebahgian kehidupan yang kita jalani disepanjang hidup kita. Melalui kawan juga kita dapat mengenal diri kita yang sebenarnya. semuanya adalah cermin kepada diri kita sendiri yang kita tidak pernah tahu dan fikir. kita hanya tahu menyalahkan kawan sedangkan diri kita tidak kurangnya. 

jangan pernah bersangka buruk dengan teman, mungkin apa yang temanmu alami tidak sama dengan apa kita alami. Manusia berbeza-beza dan hanya diri mereka dan pencipta yang mengetahui segala yang terjadi di alam ini. kita tidak berhak untuk bersangaka buruk. setiap yang dijadikan oleh-Nya kesedihan, kesusahan, keindahan, kegembiraan, kebaikan mahupun keburukan pasti ada hikmahNya. pasti ada sesuatu yang ingin ditunjukkan oleh-Nya kepada hambaNya. Begitu juga ketika kita bersama dengan teman-teman. semoga apa yang telah diciptakanNya kepada teman-teman tidak menjadikan kita seorang hamba yang menyalahkan diri dan teman-teman yang lain.

siapa kita untuk menghukum sesama manusia? menghukum dan memberi hukum bukan hak kita... ia adalah hak Allah yang ESA...

Friday, 23 December 2011

Keikhlasan

renungan dan panduan bersama.... menjalani hari-hari mendatang...

Ciri-ciri keikhlasan


Adakah kita seorang yang ikhlas? Adakah kita telah mencapai ciri-ciri di berikut?


1. Menyembunyikan amal 


Janganlah seseorang itu mudah menceritakan amalannya kepada orang lain. Yakinkah mereka bahawa mereka akan terus dengan amalan mereka itu? Tidakkah mereka sedar bahawa istiqomah mereka dalam amalan tersebut, hanyalah anugerah Allah (swt) dan mampu ditarik balik bila-bila masa sahaja.
Namun, perlu dijelaskan disini bahawa meninggalkan satu amalan kerana takutkan riya’ adalah satu bentuk riya’. Oleh itu, lakukanlah amalan untuk Allah (swt) semata-mata dan jangan biarkan pandangan manusia menggugat niat anda.


2. Lebih suka melakukan kerja di belakang tabir (iaitu yang tidak menonjolkan diri)
Tetapi ini tidak menghalang mereka untuk beramal apabila diminta untuk kehadapan.


3. Melazimi doa
Rasulallah (saw) telah mengajarkan kita supaya melazimi doa-doa, agar kita sentiasa meletakkan Allah dihadapan semua amalan kita. Apabila dipuji, Saidini Ali Abi Talib (ra) akan membaca doa berikut:


“Ya Allah, ampunkanlah aku pada perkara yang tidak mereka ketahui, janganlah kata-kata mereka itu menjadi malapetaka bagiku, dan jadikanlah diriku ini lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan.” 


4. Sentiasa istighfar bila datangnya lintasan hati yang boleh menggugat niat asalnya


5. Gembira dengan  penambahan anggota baru ke dalam saff jemaah


Sekiranya kedatangan ahli baru menyebabkan seseorang itu terasa kedudukannya dalam jemaah tergugat, maka dia harus menilai kembali niatnya dalam menyertai dakawah yang suci ini.


6. Akan berterusan dalam melakukan amalannya dan thabat (tetap) di atas jalan dakwah ini, meskipun jauh perjalanannya, dan berat tanggungjawabnya.

Memori tercipta


Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada ku lupa

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Kuingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama 
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

Thursday, 22 December 2011

Standing In The Eyes Of The World


Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah


Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

Tuesday, 20 December 2011

Ombak lagi....

ombak badai aku harungi
terkapai-kapai mencari diri
menyelam lautan tiada teman
tiada daya melawan arus
diriku bukan insan mulia
mencari haluan yang tak terang
mana mungkin berakhir disini
aku masih ada peluang
Ya Allah!!! berilah aku petunjuk itu
untuk aku menyatakan realitinya
adakah aku diberi kesempatan itu
untuk berubah segalanya yang tercela

seakan tiada waktu untuk kembali
jika nyawa dipanggil pulang
jika ombak yang ditakdirkan
menbawa diriku bersamanya pergi
aku yang tiada melawan segalanya
apa yang telah tertulisnya pasti akan terlaksana

hanya padaMU kubersujud
hanya padaMU kuberdoa
hanya namaMU kusebut
agar kau memberi ampun

hanya padaMU kumelutut
hanya padaMU kuberserah
hanya namaMU kusebut
disepanjang langkahku kini